Berdirilah sama tinggi dengan anak anda


Tips yang seterusnya juga berkaitan dengan proses ingin menyampaikan teguran ataupun nasihat kepada anak-anak anda. Tips ini ialah ketika anda ingin menegur ataupun memberi nasihat maka berdirilah sama tinggi dengan anak-anak anda. Jika dia berdiri maka berdirilah juga. Jika dia duduk maka duduklah juga. Dengan ini anak-anak anda akan tidak merasa dirinya diarahkan semata-mata apabila anda memberi nasihat dan teguran. Dengan cara ini juga maka mudahlah ibubapa menyampaikan sesuatu kepada anak-anak.

Editor AnakkuSoleh

Tataplah mata anak-anak anda


 

Kita kaum muslimin telah mempunyai panduan yang agung daripada al-Khalik melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW untuk melahirkan anak-anak yang soleh. Namun faktor kelemahan untuk mengkaji dan meneliti dua sumber ini menyebabkan kita hilang punca untuk mendidik anak-anak di zaman moden ini. Maka, alim ulama’ dan guru-guru sewajibnya menyampaikan segala panduan pendidikan berpandukan al-Quran dan Assunnah kepada masyarakat hari ini.

Selain daripada itu pengalaman ibubapa yang berjaya juga boleh dijadikan panduan. Pengalaman mendidik anak-anak mempunyai 1001 cara dan kaedah.  Bergantung atas penelitian dan kesungguhan ibubapa. Hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang saya perolehi daripada Tn Hj Abdul Rahman. Beliau berkongsi pengalaman mendidik anak-anaknya dengan saya. Setiap kali ingin menyampaikan sesuatu, menegur, menasihati ataupun ingin berkomunikasi dengan anak-anak anda maka tataplah matanya. Dengan menatap mata anak anda, penyampaian berbentuk nasihat dan teguran mudah diterima oleh anak-anak anda.

Editor AnakkuSoleh

Bilakah Pendidikan Bermula?


Hukama’ ada menyebut :

“Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”

Pendidikan sudah bermula di waktu :

1. pemilihan pasangan hidup

2. masa ketika ibu sedang hamil

3. setelah kanak-kanak dilahirkan ke dunia.

Islam Dan Pendidikan Anak


Islam Dan Pendidikan Anak

Sabda Rasul SAW: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanya lah yang menjadikannya nasrani, yahudi atau majusi.(HR. Bukhari).

Rujukan : http://mbfperak.tripod.com/didikanak.htm

Anak adalah karunia Allah yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Ia menjadi tempat curahan kasih sayang orang tua. Namun sejalan dengan bertambahnya usia sang anak, muncul “agenda persoalan” baru yang tiada kunjung habisnya. Ketika beranjak dewasa anak dapat menampakkan wajah manis dan santun, penuh berbakti kepada orang tua, berprestasi di sekolah, bergaul dengan baik dengan lingkungan masyarakatnya, tapi di lain pihak dapat pula sebaliknya. Perilakunya semakin tidak terkendali, bentuk kenakalan berubah menjadi
kejahatan, dan orangtua pun selalu cemas memikirkanya.

Dr. Abdullah Nashih ‘ulwan, dalam bukunya „Tarbiyatul Aulad” menegaskan, hanya ada satu cara agar anak menjadi permata hati dambaan setiap orangtua, yaitu melalui pendidikan yang bersumber dari nilai-nilai Islam.

Islam telah memberikan dasar-dasar konsep pendidikan dan pembinaan anak, bahkan sejak masih dalam kandungan . Jika anak sejak dini telah mendapatkan pendidikan Islam, Insya allah ia akan tumbuh menjadi insan yang mencintai Allah dan Rasul-nya serta berbakti kepada orengtuanya.

Teruskan membaca kiriman ini

Mendidik Anak-anak Adalah Suatu Tuntutan Islam


Pendidikan Anak-Anak

12 09 2007

 

1.0 Muqaddimah

Anak-anak yang dilahirkan oleh isteri kita merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telahdisebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :   al-anfal-28.jpg

 Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.  

 2.0 Bilakah pendidikan bermula ?

Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri. 

Teruskan membaca kiriman ini

Selamat Datang Ke Blog AnakkuSoleh


Assalamualaikumwarahmatullah

Tanggal 3 Dzulhijjah 1428 bersamaan 13 Disember 2007, saya mendapat satu idea untuk menghasilkan satu tapak blog untuk tujuan perkongsian pintar dengan semua pembaca budiman khususnya yang sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Tidak dapat dinafikan lagi, pada hari ini permasalahan sosial di kalangan Ummat Islam merebak berleluasa tanpa kawalan.

Situasi ini memerlukan satu panduan yang berkesan kepada setiap ibubapa yang ingin mempastikan anak-anak mereka selamat dalam naungan Islam. Blog ini akan cuba memaparkan panduan-panduan pendidikan anak-anak dari sumber buku-buku, majalah-majalah, pengalaman ibubapa berjaya dan perkongsian pintar daripada semua pembaca blog ini.

Segala pengalaman pendidikan anak-anak yang ada bolehlah dikongsikan dalam blog ini. Semoga dengan tips-tips yang dikongsikan dalam blog ini dapat membantu ibubapa dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang sholeh.

Sila hantarkan sebarang maklumat berkaitan pengalaman anda sendiri, daripada majalah, petikan, buku-buku ke al_amin1982@yahoo.com untuk perkongsian.

Editor Anakkusoleh

Hello world!


Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!