Marhalah Pendidikan Anak-anak


Assalamualaikum kepada penjenguk setia AnakkuSoleh.

Lama rasanya saya tidak berkongsi di blog ini.

Malam ini saya cuba juga untuk berkongsi satu tajuk penting untuk  ibubapa semua iaitu marhalah (tahap) pendidikan anak-anak yang saya petik dari buku  “Kaedah Mendidik Isteri & Anak , Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam’ karangan Abdul Rahman Mohamed.

m.s : 89 – 100

MARHALAH PERTAMA : MASA PEMBEBASAN DAN PENDIDIKAN LISAN ( Bayi hingga umur 7 tahun)

Marhalah atau peringkat ini adalah peringkat yang mana seorang anak itu bebas daripada apa-apa tuntutan dan tanggungjawab.

MARHALAH KEDUA : MASA PENDIDIKAN PRAKTIKAL ( Umur 7 tahun hingga baligh)

Peringkat ini adalah peringkat anak-anak sudah mengjangkau tamyiz atau mumaiyiz, iaitu sudah dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk.

MARHALAH KETIGA : MASA BERTANGGUNGJAWAB (Baligh sehingga menjangkau dewasa)

Peringkat ini adalah tatkala umur anak-anak sudah menjangkau lebih kurang sepuluh ke atas, rata-rata mereka sudah sampai kepada umur baligh, cukup umur atau umur matang. Inilah peringkat di mana anak-anak seharusnya bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Kredit untuk buku “”Kaedah Mendidik Isteri & Anak , Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam’ karangan Abdul Rahman Mohamed.”

ASAS-ASAS PEMBINAAN AQIDAH ANAK


ASAS-ASAS PEMBINAAN AQIDAH

Asas Pertama
Pendidikan kalimah tauhid kepada anak.

Asas Kedua
Mencintai Allah SWT dan merasa diawasi olehNya, memohon pertolongan kepadaNya, serta Beriman kepada Qadha’ dan Qadar.

Asas Ketiga
Mencintai Rasulullah SAW dan Keluarga Baginda

Asas Keempat
Mengajarkan Al-Quran kepada Anak

Asas Kelima
Mendidik Keteguhan dalam Aqidah dan Bersedia Berkorban kerananya

ASAS-ASAS PEMBINAAN KEMASYARAKATAN
Asas Pertama
Mengajak anak menghadiri majlis-majlis orang dewasa.

Asas Kedua
Menyuruh anak menyelesaikan kerja rumah.

Asas Ketiga
Membiasakan anak mengucapkan salam.

Asas Keempat
Menjenguk anak yang sakit.

Asas kelima
Memilihkan kawan-kawan yang baik untuk anak.

Asas Keenam
Melatih Anak berniaga.

Asas Ketujuh
Kehadiran anak dalam majlis-majlis perayaan yang disyariatkan dan dalam pesta perkahwinan.

Asas kelapan
Bermalam di rumah keluarga yang soleh

Asas Kesembilan
Contoh nyata berkenaan kehidupan social RAsulullah SAW dengan anak-anak

Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah


EDITOR ANAKKUSOLEH MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ADIK NIK NUR MADIHAH ATAS KEJAYAAN BELIAU.

APA YANG LEBIH PENTING IALAH ADIK NUR MADIHAH IALAH HADIR DARIPADA KELUARGA YANG TAAT KEPADA ALLAH SWT.

EDITOR ANAKKUSOLEH

——————

INILAH RUMAH MEREKA

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Sumber – Utusan


NUR MADIHAH PUASA SEBAB MISKIN

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Sumber – Utusan 15 Mac

Makanan Bayi ” Radix Baby”


Syukur ,tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan makanan bayi daripada berbagai bijirin terpilih sebagai pilihan dipasaran.Usaha ini dibuat memandangkan pemintaan daripada ahli yang terlalu banyak menggesa agar syarikat menyediakan makanan khas untuk anak-anak ahli.

Asas makanan ini ialah padi organik yang bebas 100% daripada penggunaan racun bermula daripada awal penanaman sampailah kepada peringkat pengambilan hasil.Padi organik dicampur dengan pelbagai jenis bijirin untuk perkembangan tubuh dan minda anak diperingkat awal pertumbuhan.

Makanan ini juga menjadikan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit sesuai dengan matlamat HPA yang ingin mewujudkan generasi yang kuat tubuh badan serta memiliki aqidah yang benar.Dijangka makanan ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan April.InsyaAllah.

Sumber : Pengarah HPA

Anugerah Terhebat… Nikmat Terbesar…


Written by admin   

Tuesday, 11 March 2008

Saya pernah duduk – duduk bersama sekelompok remaja yang baik, dan saya usulkan kepada mereka sebuah idea yang unik, iaitu setiap orang bercerita tentang kenikmatan terbesar yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka. Idea ini pun berlangsung dengan baik. Ada yang mengatakan: kesihatan. Yang lain pula mengatakan: anak – anak. Sebahagian lain mengatakan : ayah dan ibu, dan sebahagian lain pula mengatakan : harta benda. Disamping itu ada juga yang mengatakan : Islam. Kemudian tibalah giliran seorang pemuda yang berumur 18 tahun. Bolehkah anda agak apakah yang dijawab oleh pemuda ini?

 
            Dia mengatakan: “Nikmat terbesar dalam hidup ini, bahawa Allah adalah Rabb kita.”…. Perhatikanlah tajamnya kepekaan dan lembutnya perasaan pemuda ini!

 

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Bilakah Pendidikan Bermula?


Hukama’ ada menyebut :

“Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”

Pendidikan sudah bermula di waktu :

1. pemilihan pasangan hidup

2. masa ketika ibu sedang hamil

3. setelah kanak-kanak dilahirkan ke dunia.