Mendidik Anak-anak Berpuasa


Puasa Yop, Puasa!

September 10th, 2008 | by Abu Saif | 663 views | Print Print | Email Email |


Kami lapar, Abi, Ummi!

“Abi, Yop lapar! Yop lapar betul ni!”, Saiful Islam merayu-rayu.

Wajahnya sungguh memilukan. Bisa mencairkan hati Abi dan Ummi.

“Sekarang ni pukul berapa?”, saya bertanya.

“Pukul 2, Abi. Tolong la, Yop lapar ni. Yop kata lapar, lapar laaa!”, Saiful Islam terus memujuk rayu.  

TAHUN PERTAMA

Tahun ini adalah tahun pertama anak sulung kami belajar berpuasa. Tiada paksaan. Cuma galakan. Umpannya ialah, keseronokan berbuka puasa. Bukan keseronokan yang dibuat-buat, tetapi keseronokan yang dikurniakan Allah SWT bagi setiap mereka yang berpuasa. Satu dari dua keseronokan untuk mereka.

“… Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhan-Nya…” [Riwayat Muslim, Ahmad, al-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Keseronokan berbuka puasa kerana hidangannya mungkin lebih kreatif dan pelbagai. Keseronokan yang lebih ketara adalah kerana makan bersama, serta makan dengan sebenar-benar lapar dan dahaga.

Kami berdua memantau keadaan Saiful Islam. Bibirnya, lidahnya, tahap keaktifan dan keceriaan, semua itu penting kerana berpuasa 13 jam mungkin boleh memudaratkan kanak-kanak pada usia 6 tahun sepertinya.

GAGAL

“Aik, kenapa kamu suap Saif makan?”, Ummu Saif menyergah bibik yang sedang menyuap Saiful Islam.

“Dia merayu-rayu, ibu. Kasihan saya”, kata Aminah, bibik yang memang sangat prihatin dengan anak-anak kami di rumah.

“Aduh, kami sedang melatih dia berpuasa…”, Ummu Saif sedikit kecewa kerana jam sudah pun hampir ke waktu Asar.

“Yop pujuk bibik ya?”, saya bertanya.

Saiful Islam mendiamkan diri. Nampak riak kesal dan bersalah pada mukanya.

MENARIK ‘PRIVILEGE’

Teruskan membaca kiriman ini