Mendidik Anak-anak Di Zaman Moden


MENDIDIK ANAK-ANAK DI ZAMAN MODEN
Azril bin Izham
Muhammad Syukri Amin Harun
Kamarul Azmi Jasmi
Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Suggested Citation:
Izham, A., Amin Harun, M. S., & Jasmi, K. A. (2012). Mendidik Anak-Anak Di Zaman
Moden in Prosiding Seminar Pertama Sains,Teknologi, dan Manusia at Marbawy Hall, Faculty
of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia on 22 September 2012, pp. 1-16.
ISBN 978-967-0194-24-0 .
Abstrak
Dalam zaman moden ini, iaitu zaman “21st Century”, proses pembesaran kanak-kanak, sejak mereka lahir hingga ke peringkat kedewasaan banyak dipengaruhi oleh persekitaran, bukan lagi hanya oleh ibu bapa dan ahli keluarga lain seperti zaman dahulu. Kini, penggunaan khidmat penjagaan kanak-kanak merupakan suatu yang normal, malahan ada yang terpaksa menggunakan khidmat tersebut hanya beberapa bulan selepas bayi dilahirkan disebabkan oleh keperluan bekerja.
Hal ini mewujudkan keperluan garis panduan yang telus untuk menyokong perkembangan minda, fizikal, dan emosi kanak-kanak tersebut. Tanpa sokongan yang baik, perkembangan kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran bersosial, dan kemahiran membezakan perkara yang betul dan salah akan lambat berkembang dan bagi sesetengah kes yang ekstrem, terencat sama sekali, lalu menghasilkan insan-insan yang kurang bersedia menghadapi
cabaran harian hidup.
Artikel Mendidik Anak-Anak Di Zaman Moden membincangkan tentang
garis panduan yang diperlukan oleh kanak-kanak dari pandangan para penyelidik psikologi dan perkembangan kanak-kanak Barat, dengan penambahan beberapa garis panduan menurut cara hidup seorang muslim. Hal ini penting kerana perbezaan agama utama di Barat merupakan agama Kristian dan atheism, dan dijarakkan lagi oleh perbezaan budaya Barat dengan budaya Timur.
Antara psikologi Barat ialah buku Raising Kids in the 21st Century oleh Sharon K. Hall dan antara rujukan budaya dan panduan cara hidup Islam ialah buku Our Children A Practical Guide for Islamic Education oleh Abdullah M. Abdul-Mu’ti dan Child Education in Islam oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan. Walaupun wujud jurang perbezaan disebabkan oleh perbezaan agama dan budaya, kebanyakan garis panduan mendidik anak-anak secara psikologi sejak dari lahirnya kanak-kanak tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Hanya pertambahan atau gantian terhadap
beberapa aspek sahaja yang diperlukan untuk menyesuaikan cara didikan tersebut dengan cara didikan Islam, dalam membentuk insan yang sempurna akal, fizikal, emosi, dan amalan

Mendidik Anak-Anak di Zaman Moden (PDF Download Available). Available from: https://www.researchgate.net/publication/313476731_Mendidik_Anak-Anak_di_Zaman_Moden [accessed Dec 03 2017].

Advertisements
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Cabaran didik anak di zaman moden


Rujukan  : Sinar Harian
Tangani cabaran didik anak zaman moden

Peserta Kem Khalifah Muda 2017 di Masjid Al-Karamah menerima sijil masing-masing selepas tamat sesi kem motivasi.

KOTA BHARU – Mendidik anak-anak pada zaman moden yang seiring dengan perkembangan pesat teknologi diakui amat mencabar kesabaran ibu bapa.

Pengurus Khalifa Legacy Training & Consultancy, Che Faizal Amir berkata, remaja masa kini berdepan cabaran dari sudut perkembangan teknologi yang kadang kala melemahkan mereka menyebabkan ibu bapa perlu menanganinya dengan bijak.

Katanya, anak-anak zaman moden perlu lebih perhatian terutama dari segi pembentukan sahsiah dan jati diri dalaman.

“Dunia hari ini berdepan cabaran dari sudut teknologi, WhatApps, video boleh melemahkan remaja. Mereka yang tidak mempunyai nilai jati diri atau lemah sahsiah dalam diri akan mudah terjebak dengan masalah sosial.

“Langkah terbaik adalah daripada ibu bapa yang perlu memberi perhatian lebih kepada anak-anak mereka seperti menghantar ke kem motivasi khususnya ketika musim cuti sekolah,” katanya .

Menurutnya, tempoh sebulan setengah cuti persekolahan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan mencari alternatif bagi memastikan cuti itu berakhir dengan penuh kualiti.

“Macam-macam perkara tidak elok boleh berlaku pada musim cuti yang panjang ini. Sebagai langkah awal, ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke kem yang menyediakan pengisian agama untuk mengelak gejala tidak sihat berlaku dalam kalangan anak masing-masing.

“Anak-anak yang sedang meningkat remaja, jika mendapat banyak manfaat daripada program yang baik akan terbiasa dan sentiasa berbuat perkara yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Khalifa Legacy Training & Consultancy selesai menjayakan Kem Khalifah Muda 2017 di Masjid Al-Karamah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa, di sini.

Kem disertai 50 anak-anak seawal usia 7 tahun sehingga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kem bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang itu turut disertai anak-anak dari mukim baung dan anak-anak yatim Rumah Tunas Harapan.

Beliau berkata, kem memberi penekanan kepada sahsiah diri dan ceramah motivasi serta aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.

“Kebiasaannya yang menyertai kem adalah anak-anak yang sememangnya mempunyai asas dan jati diri yang bagus, namun tidak kurang juga yang bermasalah dan sengaja dihantar oleh ibu bapa untuk memperbaiki anak mereka, itu yang kita mahu.

“Apabila tamat program pula, kami mendapat maklum balas yang baik daripada ibu bapa mengatakan berlaku perubahan terhadap anak-anak mereka. Perubahan itu pula perlu diteruskan oleh ibu bapa di rumah dan tidak dibiarkan habis selepas tamat program itu sahaja,” katanya.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Aktiviti berfaedah untuk anak-anak di musim cuti panjang


Cuti sekolah yang panjang sudah pun bermula. Apa aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah? Penuhi masa terluang anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah di bawah ini dan jangan sesekali membiarkan mereka membuang masa kerana masa itu EMAS dan sangat berharga!

Aktiviti Berfaedah musim cuti sekolah

1) Kem Cuti Sekolah

Kebiasaannya sebelum cuti sekolah bermula, guru kelas ada menganjurkan kem-kem cuti sekolah yang termasuk dalam aktiviti kokurikulum. Para ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam kem-kem anjuran luar di mana banyak memberi faedah dan kebaikan pada diri mereka. Seperti contoh Kem Jati Diri, Kem Khemah Ibadah, Kem Motivasi dan sebagainya

2) Sertai Kelas Kemahiran

Selain dari belajar semata-semata mengadap buku  yang tebal, anak-anak anda boleh menyertai kelas kemahiran untuk meningkatkan taraf kebolehan diri masing-masing supaya diri mereka boleh menjadi ‘multitasking’ dan lebih berharga berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Seperti contoh Kelas Musik, Kelas Memasak/Menjahit, Kelas Bertukang dan sebagainya.

3) Siapkan Tugasan Sekolah

Beri peringatan kepada anak-anak anda supaya menghabiskan kesemua kerja sekolah yang diberikan terlebih dahulu terutama kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun hadapan. Ini juga mencerminkan keperibadian anak anda dan keluarga dalam mendidik dan mendisiplinkan diri mereka.

4) Beriadah Bersama Kawan-kawan dan Keluarga

Kadang-kala para ibu bapa tiada masa untuk meluangkan masa mereka untuk anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Beriadah bersama anak-anak di waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau selepas balik kerja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan apa yang penting dapat menyihatkan tubuh badan seperti contoh berbasikal, berjoging, mendaki bukit dan sebagainya.

5) Bergotong royong

Melakukan aktiviti pembersihan kawasan rumah dan di dalam bilik juga dapat menyihatkan tubuh badan dimana ia dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak apabila menggunakan tenaga. Islam juga mementingkan kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit dan jangkitan kuman pada badan.

6) Menonton Televisyen

Anak-anak kini gemar menonton cerita-cerita terbaru atau kartun. Sebaiknya berikan pendedahan tentang sukan dan penjagaan kesihatan melalui siaran-siaran sukan dan kesihatan di kaca televisyen seperti sukan bola sepak, badminton atau sebagainya dimana mereka boleh praktiskan semasa melakukan sebarang latihan atau pertandingan. Ia juga sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk semangat kesukanan dan penjagaan diri dengan baik dalam diri anak-anak anda.

7) Pergi ke perpustakaan

Berikan mereka pendedahan tentang pentingnya membaca buku. Bawa  mereka bersama ke perpustakaan yang berhampiran untuk meminjam dan membaca buku. Berikan juga mereka kebebasan dalam mengolah isi kandungan setiap buku yang dibaca mengikut pemahaman dan kreativiti mereka tersendiri. Aktiviti sebegini juga dapat mengelakkan anak-anak anda terjebak dari aktiviti-aktiviti yang kurang sihat akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya yang lain.

8) Aktiviti bersama keluarga

Ajar anak-anak anda sembahyang berjemaah bersama dan hadiri kelas-kelas Al-Quran untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang hal-hal berkenaan akhirat. Aktiviti ini sekali gus dapat memberi kesedaran yang mendalam dalam diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang baik. Selain itu juga anda boleh memasak bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dengan anak-anak.

Posted in Kongsi Tips | Tinggalkan komen

Tips Didik & Kawal Anak Yang Nakal


Posted in AnakkuSolehTV, Kongsi Tips | Tinggalkan komen

Anak mengamuk. Sila jadi cerdik dan kawal diri sendiri.


Anak mengamuk.

Ibu pun mengamuk.

Anak baling barang.

Ibu pukul tangan anak.

Anak tendang kerusi.

Ibu pukul kaki anak.

Anak guling atas lantai jerit-jerit.

Ibu jerkah anak dan jerit sampai jiran rumah hujung pun boleh dengar.

Ok. Anak tu umurnya 3 tahun. Ibu pula umurnya 30 tahun. Ibu boleh cerdik sikit tak? Boleh tak bergaya seperti orang umur 30an?

Komunikasi.

Fahami apa punca anak mengamuk. Mesti ada punca. Tak tau? Teka.

Komunikasi.

Guna soalan mudah yang hanya perlu jawapan ya/tidak @ angguk/geleng.
“Ilman marah umi?”
“Ilman tak nak air ni?”
“Ilman tak nak balik?”
“Ilman nak umi tidur kat ilman?”

Komunikasi dan pertimbangan.

Kalau dah faham apa masalah anak, ibubapa mesti pertimbangkan sama ada anda kena bertegas atau anda boleh terima kehendak anak.

Komunikasi.

Guna ayat pendek dan jelas. Jangan guna perkataan umum seperti,
“Boleh ke Ilman buat macam tu?”
Sepatutnya, “Boleh baling buku tak?”

image

* Yg baju merah tu namanya Ilman.

Elakkan tanya soalan “kenapa?” masa soal-jawab dengan budak 3 tahun.
“Kenapa Ilman baling buku?”
– bayangkan budak 3 tahun yang dalam keadaan marah nak menjawab “sebab ilman marah abi sebab abi kacau air milo tu sebab ilman sebenarnya nak kacau sendiri sebab ilman suka kacau sendiri pakai sudu.”
Realitinya….kemahiran bahasa ini belum lagi untuk anak 3 tahun.
Maka….jangan tanya ‘kenapa?’ Buang masa, tenaga dan menambah kemarahan ibubapa saja.

Jangan takut dengan anak sendiri.

Selepas buat pertimbangan, kalau keputusan anda memerlukan ketegasan, maka sila bertegas. Anak yang terus mengamuk sakan apabila ibubapa telah bertegas menandakan bahawa ibubapa selalu ikutkan kehendak anak.

Anak menunjukkan rasa tak puas hati tu adalah biasa. Tapi anak yang berterusan mengamuk, baling, gigit, tendang dan menjerit-jerit dengan keputusan ibubapa – itu adalah luar biasa. Muhasabah semula parenting style anda.
Adakah ibubapa selalu ikutkan sangat kehendak anak?
Adakah ibubapa selalu takut apabila anak mengamuk?
Adakah ibubapa konsisten setiap kali berhadapan dengan situasi amuk?

Bertegas

* Tinggalkan anak sendirian. Elakkan melihat perangai dia.
* Tanamkan dalam hati, “nanti dia bosan dan letih, diamlah tu.”
* Kalau anda jenis ‘cepat tangan’, cepat kurung diri sendiri dalam bilik mandi dan basuh muka @ ambil wudhuk.
* Kalau anda jenis ‘hati kering’, pergi buat benda lain dan berseronok. Sebolehnya biar dia nampak anda dalam keadaan seronok. (Makan ais krim @ buah kegemaran @ keluarkan mainan lama yang dah lama tak nampak)
* Biarkan hingga akhirnya anak yang datang menyerah kalah.

Komunikasi.

Mesti ada saling memahami dan sesi bermaafan antara ibubapa dan anak.
“Minta maaf dulu dengan umi.”
“Umi pun minta maaf sebab tadi umi tinggi suara kat Ilman.”

Penerapan agama.

Mana-mana agama pun menekankan kebaikan sikap mentaati ibubapa. Bagi yang muslim, selalu terangkan kepada anak konsep-konsep berikut:
– anak soleh
– sabar
– syukur
– syaitan yang membisik
– selawat dan istighfar apabila marah
Penerangan ini bukan semasa situasi mengamuk. Nanti jadi bebelan semata-mata. Ia mesti diterangkan semasa dalam keadaan biasa-biasa seperti waktu dalam kereta, waktu makan atau sebelum tidur.

image

* siapa rajin bacakan buku kepada anak-anak? Sila senyum dan ucap tahniah kepada diri sendiri.

Tapi yang istighfar tu, memang saya dan suami suruh anak ikut sebut ‘Astaghfirullah hal azim’ lepas anak sedikit bertenang. Walaupun Ilman masih pelat 3 tahun, tapi suruhkan saja dia ikut sebut. Yang penting dia usaha nak sebut.

Setiap anak lain ragamnya. Sebagai anak kedua, saya agak memahami perangai anak kedua saya ni. Yang penting ialah bagaimana kelakuan kita selaku ibubapa pada saat situasi tu berlaku? Apa tindakan kita? Apa keputusan kita?

Tiada siapa yang sempurna. Kita cuma boleh usaha untuk perbaiki diri dan cuba lagi lain kali supaya kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Ini kisah orang yang anaknya tiada masalah bertutur. Bayangkan betapa berat dugaan bagi ibubapa yang anaknya tak boleh bertutur. Hanya tahu jerit, baling, tendang, berguling dan gigit orang lain.

Kalau dah 2 tahun masih tak bercakap, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran.

Saya menganjurkan bengkel terapi pertuturan di :
1) Kuantan pada 24/12/15, khamis
2) Setapak pada 26/12/16, Sabtu

Ruby Speech Therapy
Sms @ whatsapp 0133109703

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

TIPS : 40 kesilapan mendidik anak


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Oleh: Dr. Hassan Ali

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tips Elak Anak Menangis Bangun Pagi


Related image

Assalamualaikum

Apa khabar ibubapa semua?

Didoakan agar sihat dan kuat untuk mendidik anak-anak menjadi permata berharga untuk ummah.

Sejak kebelakangan ini, tugas kita sebagai ibubapa amat mencabar.

Di tambah dengan cabaran teknologi yang semakin mengganas yang memangsakan sesiapa sahaja termasuk anak kita.

Binalah benteng anak-anak kita dengan al-Quran.

Tanamlah sayang anak-anak kita dengan al-Quran.

Al-Quran merupakan syifa’ kepada hati-hati manusia.

Biasa tak anak-anak apabila dikejutkan waktu pagi untuk solat subuh dan ke sekolah akan menangis-nangis.

Apabila anak menangis kita rasa tertekan dan natijahnya kita marah-marah kepadanya.

Masalah ini berantaian hari ke hari.

Rasa buntu untuk mencari penyelesaiannya.

Jom kita cuba tips di bawah :

 

  1. Semasa anak hendak tidur, bacakan surah al-fatihah dan hembus kepada ubun-ubunnya
  2. Semasa anak hendak tidur, bacakan surah al-mulk  dan hembus kepada ubun-ubunnya.
  3. Tutup dengan bacaan surah al-ikhlas 3x, al-falaq 3x dan an-nass 3x.
  4. Bacakan zikrullah sehingga anak itu tertidur.

 

Cuba istiqomah untuk dilaksanakan tiap-tiap malam sehingga menjadi kebiasan dan terkesan kepada anak itu.

Ingat, perkataan yang buruk akan ditanam kepada anak-anak hasil marah-marah.

Jika kita bacakan al-quran, maka yang diserap dan tertanam dalam jiwa anak-anak adalah KalamuLLAH.

Jom cuba.

Admin

AnakkuSoleh.wordpress.com

 

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen