Didik anak satu cabaran


DALAM proses memahami dan memupuk hubungan dengan anak, harus disedari kehendak anak yang sedang membesar. Apatah lagi dalam dunia yang serba mencabar kini, meskipun ia satu tanggungjawab, mendidik anak dianggap suatu cabaran kepada ibu bapa.

Impian menjadikan anak sebagai individu berguna menjadi iltizam setiap insan. Namun, dalam proses menuju matlamat itu, banyak cabaran yang perlu ditempuh.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara memberi petua bagaimana memupuk hubungan mesra dengan anak.

– Rasa selamat

Menyayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental.

Walaupun perlu mendisiplinkan anak, beri jaminan tindakan anda itu kerana perasaan sayang. Nakal hanya pada perbuatan dan itu yang harus diberikan disiplin, bukannya memarahi anak itu.

Jika anak menunjukkan sikap tidak menghormati anda sebagai ibu dan bapa, tegur si kecil dan beri penjelasan. Disiplin boleh diberi melalui nada suara yang tegas, menyekat permainan kesukaannya atau pukulan ringan, jika perlu.

Anak harus sedar perbuatannya salah tetapi pada masa sama, si kecil tahu ibu dan bapanya berbuat demikian kerana sayang.

– Rasa dihargai
Teruskan membaca kiriman ini

Nasihat Imam Ibnul Wardi


Tinggalkan Alat Hiburan dan Muda Belia Yang Masih Amrad

 ” Tinggalkan alat-alat hiburan yang melalaikan. Dan tinggalkan bergaul dengan anak muda belia cantik, yang bergerak-gerak punggungnya (bila berjalan)”

“Jika ia nampak, maka tenggelam matahari pagi. Dan jika ia berjalan dengan lenggang lenggok maka akan hilang rasa tikaman duri yang panjang”

 “Fikirkanlah akibat buruk dari kecantikan yang kau ingini itu. Sudah tentu akibatnya sangat besar dan berbahaya”

Ulasan:

RUMAHTANGGA DA’WAH DAN PEMBINAAN GENERASI PEWARIS


7 01 2008

RUMAHTANGGA DA’WAH DAN PEMBINAAN GENERASI PEWARIS

Dipetik daripada sebuah laman wb
Topic: 1. KONSEP RUMAHTANGGA

 family-dakwah.jpg

Pendahuluan.

Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah. Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara. Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi. Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya. Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah. Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa ke dua dalam amal Islami. Kertas kerja ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dawah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga.

Teruskan membaca kiriman ini