Maklumat Blog

Cawangan terkini anakkusoleh di http://anakkusoleh.1com.my/

Cawangan baru anakkusoleh di http://anakkusoleh.blogspot.com

Assalamualaikumwarahmatullah

Tanggal 3 Dzulhijjah 1428 bersamaan 13 Disember 2007, saya mendapat satu idea untuk menghasilkan satu tapak blog untuk tujuan perkongsian pintar dengan semua pembaca budiman khususnya yang sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Tidak dapat dinafikan lagi, pada hari ini permasalahan sosial di kalangan Ummat Islam merebak berleluasa tanpa kawalan.

Situasi ini memerlukan satu panduan yang berkesan kepada setiap ibubapa yang ingin mempastikan anak-anak mereka selamat dalam naungan Islam. Blog ini akan cuba memaparkan panduan-panduan pendidikan anak-anak dari sumber buku-buku, majalah-majalah, pengalaman ibubapa berjaya dan perkongsian pintar daripada semua pembaca blog ini.

Selain itu juga saya cuba memudahkan pembaca semua untuk mendapatkan link terus kepada laman-laman web yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak khususnya mengikut acuan Islam. Jika anda juga mempunyai maklumat berkaitan laman-laman tersebut, silalah berkongsi dalam blog ini.

Segala pengalaman pendidikan anak-anak yang ada bolehlah dikongsikan dalam blog ini. Semoga dengan tips-tips yang dikongsikan dalam blog ini dapat membantu ibubapa dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang sholeh.

Sila hantarkan sebarang maklumat berkaitan pengalaman anda sendiri, daripada majalah, petikan, buku-buku ke al_amin1982@yahoo.com untuk perkongsian.

4 Responses to Maklumat Blog

  1. Makbonda berkata:

    Salam,

    Makbonda seorang ibu yang punya 6 orang anak seusia 12 hingga 23 tahun. Ingin berkongsi dan mengongsi pengalaman. Sudah lama mengikuti blog ini,baru sekarang menyapa.Semoga ianya bermunafaat.

  2. farah berkata:

    assalamualiakum,saya farah.anak baru 2.masih bayi lagi..dalam pendidikan jiwa dengan akhlak mulia,ape maksud al-hikmah,al iffah.as-syjaah,dan al-adalah?
    terima kasih krn sudi memblas

    • aminchehassan berkata:

      Sdri Farah

      maksud
      al-hikmah – kebijaksanaan
      al iffah-kelembutan
      as-syjaah-keberanian
      al-adalah-keadilan

      Ketua Editor
      AnakkuSoleh.Wordpress.com

      • firman berkata:

        al-iffah mungkin lebih tepatnya adalah sifat menahan diri dari perbuatan yang dilarang oleh agama atau norma-norma yang berlaku dimayarakat yang baik.
        iffah dalam hal harta : tidak mau mengambil hak/harta orang lain.
        iffah dalam kehormatan: menahan diri dari berbuat zina.
        seperti kisahnya nabi Yusuf alaihisalaam.
        dan seterusnya.
        salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: