Promosi Buku : Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-Anak


Pihak pengurusan blog ANAKKUSOLEH mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan daripada pembaca semua.

Kami mengambil inisiatif untuk mempromosikan beberapa buah buku yang boleh dibeli oleh pembaca semua sebagai panduan mendidik anak-anak anda untuk menjadi anak soleh.

Buku tersebut ialah : Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-Anak

cover-page-pedekatan-islam1

back-page-pedekatan-islam

Ulasan Buku :

Teruskan membaca kiriman ini

Bagaimana ayah begitulah anaknya


Institusi kekeluargaan merupakan aset penting dalam pembinaan sebuah umat. Kita yakini bahawa Sebuah Baitul Muslim itu tidak akan lahir tanpa adanya Fardhul Muslim (Individu Muslim) yang muslim dalam pemikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya dan muslim dalam segala tindak-tanduknya. Namun pembentukan keluarga ini tidak akan sempurna tanpa peranan besar yang perlu dimainkan oleh para abi, waled, bapa dan ayah. Benarlah kata pujangga melayu, “Bapa borek, anak rintik”. Di sini kami kongsikan sebuah kisah salafussoleh yang menggambarkan perkara ini.

***************************************************************

“Siapa yang menjaminmu hidup samapai selepas waktu Zuhur?” Pertanyaan itu terlontar daripada daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin bergelar khulafa’ ar-rasyidin ke-5. Ketika itu khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.
Teruskan membaca kiriman ini