Didik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang


Didik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang
http://www.iLuvislam.com
Abi Muslih & Mama Farhah

 
Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat.
Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya.
Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.
Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.
Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah,
mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.

Naluri kasih sayang dan peranannya dalam pendidikan anak-anak