Mendidik Anak-anak Adalah Suatu Tuntutan Islam

Pendidikan Anak-Anak

12 09 2007

 

1.0 Muqaddimah

Anak-anak yang dilahirkan oleh isteri kita merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telahdisebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :   al-anfal-28.jpg

 Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.  

 2.0 Bilakah pendidikan bermula ?

Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri. 

3.0 Rahsia Mendidik Anak-anak.

Di sini saya akan mengupas sedikit sebanyak rahsia mendidik anak-anak daripada pengalaman dan juga pemerhatian saya. Saya akan mengupasnya dengan sedikit ilmu yang ada pada saya melalui pembacaan, kuliah-kuliah, perbincangan dan sedikit pemerhatian. Mungkin ada sedikit kelemahan kerana ia tidak dibuktikan dengan sebarang kajian dan penyelidikan. Apapun saya ingin berkongsi dengan pembaca.  

3.1 Sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh

Berkaitan berdoa ini, kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi : as-shafaat-100.jpg   

Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

[As-Shafaat :100] Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang berbunyi: as-shafaat-101.jpg   
Maksudnya : “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101] Dan banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang saya tidak letakkan dalam risalah ini. Doa merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika anda bekehendak anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan. Anda akan dapat tahu natijahnya. 

3.2 Memelihara pendengaran dan penglihatan anak-anak

Rahsia pertama ialah kita sebagai ibubapa mesti mengawasi penglihatan ataupun pandangan anak-anak dan pendengarannya sejak dalam kandungan dan selepas dilahirkan.Pandangan saya ini berpandukan satu firman Allah SWT yang berbunyi :   Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat Di dalam ayat-ayat al-Quran Allah SWT selalu mendahulukan “pendengaran” dan dipadankan dengan “penglihatan”. Jika diamati mengikut kajian sains semasa hari ini, semasa dalam kandungan, antara organ yang pertama terbentuk ialah telinga kemudian disusuli dengan mata. Telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.  Disebabkan itulah disunatkan kepada setiap bapa mengazankan anaknya disebelah telinga kanan dan diiqamahkan disebelah telinga kiri apabila anaknya dilahirkan. Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar daripada perut bumi dan akan menjadi salah seorang penduduk bumi.  Setelah beberapa hari, bayi mula membuka matanya buat kali yang pertama. Alangkah indahnya jika sewaktu dia membuka mata buat kali pertama, matanya memandang kepada kebesaran Allah SWT. Saya terfikir untuk menunjukkan bayi saya jika lahir nanti dengan al-Quran. Agar kekal dalam ingatannya bahawa al-Quran menjadi panduannya. Jadi pada anggapan saya apa yang dilihat dan didengar buat kali pertama merupakan satu perkara yang besar bagi anak-anak. 

3.3 Mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas

Seorang ibu dan seorang bapa semestinya menyambut bayi mereka dengan penuh kegembiraan dan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi sejak anaknya dalam kandungan, ibubapa mestilah ikhlas untuk mendidik anak-anak. 

3.4 Mengetahui tujuan manusia diciptakan dan dilahirkan

Pemahaman dan pengetahuan tujuan Khalik menciptakan manusia mestilah difahami dan dihadam oleh para ibubapa. Bagi pandangan saya, apabila ibubapa mengetahui tentang penciptaan manusia maka akan mempengaruhi cara kasih-sayang kepada anaknya. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia selain daripada mengabdi kepadaKu” Maknanya jelas di sini ialah tujuan penciptaan diri kita, anak kita dan keturunan yang mungkin tidak sempat kita temui masa yang akan datang ialah satu tujuan. Tujuannya ialah untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati.  Lantaran daripada kefahaman inilah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW menangis apabila mengetahui masih ada anaknya yang tidak syahid dalam perang Jihad Fisabillillah. Inilah hati dan seorang ibu yang mempunyai aqal dipandu oleh wahyu bukan dipandu oleh nafsu.  

3.5 Memastikan sahabat karib anaknya 

4.0 Cabaran pendidikan anak-anak di zaman moden

Satu hal yang amat penting diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Hari ini, rangkaian television, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan.

5.0 Penutup 

Betapa pentingnya kita mengetahui ilmu untuk mendidik anak-anak dan rahsia untuk mendapat keturunan yang sholeh dan sholehah. Hanya abdi mereka kepada Khalik semata.      

This entry was posted in Kongsi Tips. Bookmark the permalink.

30 Responses to Mendidik Anak-anak Adalah Suatu Tuntutan Islam

  1. ANISAH MOHD berkata:

    saya seorang ibu kepada seorang anak lelaki. dlm zaman moden ini saya sangat bimbang akan masa depan anak saya. takut memikirkan apa akan berlaku pada masa akan datang. di harap dapat memberi tips mendidik anak menjadi anak yang soleh.

  2. aminchehassan berkata:

    Kepada Pn Anisah,

    Terima kasih kerana sudi berkunjung di weblog ini. Tujuan utama saya membina weblog ini tidak lain adalah bertujuan untuk membuat perkongsian pintar terhadap pendidikan anak-anak.Jika puan ada sebarang pandangan dan pengalaman diri sendiri ataupun orang lain bolehlah dikongsi bersama dengan menghantar email kepada editor di al_amin1982@yahoo.com

    Antara cadangan saya:
    1. Dapatkan buku yang baik untuk panduan pendidikan.
    2. Berbincang dengan ibubapa yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka
    3. Sentiasa mendoakan anak-anak kita.

    Editor Anakkusoleh

  3. Khairuddin berkata:

    Assalamualaikum w.b.t.,

    saya merupakan seorang ramaja yang berusia 17 tahun(2009)…
    saya ingin meminta pendapat tuan,adakah ‘couple’ itu haram?saya sedar dalam Al-Quran ada melarang umat islam menghampiri zina,tetapi bagaimana sekiranya setelah ber’couple’ seseorang remaja itu lebih dekat dengan tuhan?contohnya,sebelum ini susah nak solat,susah nak bangun subuh,jarang ke surau apatah lagi ke masjid,tetapi setelah ber’couple’ seseorang yang pada asalnya bersikap seperti yang saya nyatakan tadi,berubah menjadi lebih kuat beribadat,sering ke surau dan masjid dan solatnya lebih khusyuk dan ikhlas,adakah ‘couple’ seperti ini haram?

    note:bagi mengelakkan timbulnya fitnah,soalan yang saya ajukan tadi bukan tentang diri saya,saya tanya supaya saya dapat sedikit sebanyak idea daripada tuan dalam dakwah saya terhadap rakan-rakan saya di sekolah,yang sering memberikan alasan setelah ber’couple’ lebih dekat dengan tuhan apabila saya mengatakan haram ber’couple’.

    Sekian,terima kasih,wassalam……….

  4. aminchehassan berkata:

    Waalaikumussalam buat akhi Khairudin,

    Persoalan saudara berkait rapat dengan masalah pergaulan dalam Islam. Istilah couple merujuk kepada pergaulan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin.

    Soalan saudara cukup baik kerana ramai remaja yang keliru dalam persoalan ini. Kita mesti berbalik kepada kaedah dan asas Islam itu sendiri.

    Ayat al-Quran yang menyebut ” jangan menghampiri zina’ merupakan suatu peringatan dan juga kaedah mencegah yang paling berkesan daripada Allah SWT daripada terjebak ke lembah maksiat.

    Pergaulan dalam islam sesama lelaki ada batas-batasnya, Sdra boleh baca pada tulisan ini.

    http://amin1982.blogspot.com/2008/11/pergaulan-dalam-islam.html

    Walaupun kenalan kita tadi boleh memperbaiki akhlak kita, tetapi syaitan dan iblis akan sentiasa mencari ruang untuk menjerumuskan kita ke lembah yang hina jika kita tidak mengikut perintah Allah SWT.

    Wassalam.

  5. Hasan berkata:

    Assalamualaikum w.b.t.,

    Adakah berdosa seorang laki-laki bersembang dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas?

  6. Hasan berkata:

    dengan seorang wanita yang bukan muhrim?

  7. AnakkuSoleh berkata:

    Waalaikumussalam

    Saudara hasan

    Maaf kerana begitu terlambat menjawab persoalan ini.

    Menurut kaedah fiqh..asal semua perkara adalah harus.

    Keharusan itu boleh jadi haram jika terdapat sebabnya.

    COntoh : menggunakan sms adalah harus antara lelaki dan wanita. Tetapi jatuh haram apabila mengandungi unsur-unsur maksiat, lucah, meningkatkan nafsu syahwat, takut terdorong kepada maksiat lebih besar, mendatangkan lagha dan pelbagai sebab lagi yang boleh mendatangkan haram.

    Kesimpulan : Jauhilah menggunakan sms antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim jika takut terjebak kepada maksiat.

  8. Rossiah berkata:

    Salam Ustaz,

    Baru pertama kali membaca web ustaz dan terpanggil untuk bertanya tentang anak saya. Saya baru sahaja tamat mengajar anak lelaki saya berumur 5 thn Qiraati. Namun saya dapati anak sangat lambat untuk mengenal huruf. Kenal dan lupa, atau seperti tidak cuba utk mengenal. Nampaknya seperti hanya takutkan saya sehingga akan memberi apa sahaja jawapan bagi huruf yang disoal. Saya cuba bersabar tetapi lama-kelamaan semakin hilang pertimbangan dengan tingkah anak yg belajar demikian rupa. Untuk pengetahuan, anak seorang yg agak bijak, tiada masalah minda dll yang boleh saya katakan. Bolehkah ustaz cadangkan method lebih baik di dalam mengajar anak mengenal huruf2 alQuran dan doa-doa yg perlu diamalkan untuk mendapat anak yg soleh, beriman.. juga Umi yang sabar di dalam mendidik anak.. Saya juga ada menghantar beliau ke kelas Qiraati tetapi sama juga hasilnya. Sekian.. terima kasih.

  9. aminchehassan berkata:

    Saudari Rossiah,

    Terima kasih atas pertanyaan anda.

    Saya bukanlah yang terbaik untuk memberi jawapan.

    Namun, saya hanya cuba berkongsi dengan saudari.

    Pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana begitu bersungguh-sungguh mendidik anak anda.

    Bagi pandangan saya, walaupun anak anda masih belum berjaya sepenuhnya mengenal & memahami pengajaran anda, tetapi dia telah berusaha dengan dayanya untuk mendengar dan memahami apa yang anda ajarkannya.

    Cuba tips di bawah:
    1. Senti.asa berdoa untuk anak anda supaya mudah belajar dan memahami.
    Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:
    “Ya Allah Faqihnya dalam Urusan Aqama, Dan pandaikan ia dalam imu tafsir (al-Quran).

    2.Cuba beberapa makanan tambahan untuk mempertingkatkan daya kekuatan ingatan. Saya cadangan anda mencuba “jus tok guru” ataupun makanan tambahan yang lain yang dibuat oleh muslim.

    3.Cuba ubah kaedah pengajaran anda. lakukan dalam bentuk yang menarik seperti dalam bentuk lagu dan ditambah dengan vedio. Saya juga mencadangkan agar anda menampal huruf-huruf al-Quran di dinding rumah agar anak sentiasa melihat dan memerhatinya.

    4.Ganjarilah anak anda atas segala peningkatan yang telah ditunjukkan olehnya.

    5.Jika perlu, bawalah anak anda berjumpa dengan ulama’ /ustaz untuk mendapat nasihat dan mohon ditunjuk ajar.

    6. Sebagai ibu, cabaran mendidik anak-anak adalah suatu cabaran yang besar. Allah SWT telah menunjukkan jalan bagi seorang ibu untuk sentiasa tabah & sabar. Teruskanlah dengan berdoa:
    “Ya Allah berikanlahku kesabaran dalam mendidik anak-anakku ya Allah”.

    Semuga panduan ini sedikit sebanyak membantu saudari.

    Editor AnakkuSOleh

  10. iela berkata:

    salam ustaz,

    saya ingin mendapatkan pandangan ustaz cara2 untuk mendidik anak yang sempurna. saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 thn.sememangnya dia seorang anak yang pintar/pantas dan aktif dalam segala hal. masalah saya ialah die agak sedikit nakal dan tidak mahu mendengar kata2 kami.diam nya hanya sebentar, tidak dinafikan saya agak tegas/garang dengannya, jadi saya tidak mahu die membenci saya bila die dewasa.jadi saya hendak dapatkan cara2 untuk mendidik anak saya.dan bolehkan ustaz terangkan bagaimana dengan surah duha tersebut hendak dibacakan pada anak saya.

    teria kasih, wassalam.

  11. iela berkata:

    salam ustaz..

    maaf bukan surah duha tetapi taha ayat 1-6 bagaimana hendak dibacakan pada anak saya..

    terima kasih

  12. aminchehassan berkata:

    Salam kembali kpd Iela,

    Tahniah kepada anda dan suami kerana memiliki seorang anak anak yang pintar dan aktif.

    Kebanyakkan kanak-kanak melakukan sesuatu perkara adalah untuk menarik perhatian ibubapa mereka.

    Anda tentu terkejut apabila anak-anak seawal usia 7 tahun boleh mengugut ibubapa mereka dengan tindakan bunuh diri jika tidak memberi apa yang mereka kehendaki.

    Semua tindakan ini adalah bertujuan agar ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

    Saya cadangkan untuk kes anak anda:

    1. Bacakan doa pelembut hati kepada anak-anak setiap malam (masa mereka tidur).

    2. Amalan surah taha – baca al-quran dan hembus kepada air bagi minum anak. Kalau boleh dapatkan air zam-zam.

    3. Jika anak-anak terlampau aktif. Saya cadangkan berjumpa dengan ustaz. Ex : DarusSyifa di Bangi untuk didoakan jika ada gangguan daripada makhluk gaib.

    Jika ada tambahan saya akan reply semula.

    Semuga dapat sedikit membantu.

  13. iela berkata:

    salam ustaz,

    maaf saya ingin bertanya di mana kah alamat DarusSyifa di bangi? kerana anak saya susah untuk tido malam kalau tido pun hanya 2-3 jam.dan ada kalanya tidak tido semalaman dan keaadaan nya semakin aktif di waktu malam.keadaan ini amat merisaukan kami.

    terima kasih

    wassalam

  14. Dedi berkata:

    Aslamualaikum Wr Wb
    Saya punya seorang putri dan saya anggap itu titipan dari Allah SwT, ada sedikit perbedaan antara cara mendidik saya dengan istri saya dan yang saya lihat itu karena cara mendidik orang tua kita yang memang berbeda, orang tua saya selalu mendidik anak2nya selau ada balance misal bapak yang marah kalo saya ada salah dan mamah yang bisa ngatasin dan jelasin knp bapak marah begitu juga sebaliknya,, saya ingin menerapkan seperti itu tapi terhambat oleh stri yang dimana dikeluarganya kalo mendidik anak itu selalu dengan marah dan marah,. sama halnya yang selalu dilakukan sama anak sekarang.saya takut ini berpengaruh pada mental anak. bagaiman cara saya untuk bisa mnegubah itu, kalo dengan saya bicara sudah saya lakukan sama istri tapi tidak berhasil
    trimakasih
    wslm

  15. salam ya assyaikhul kabir..
    minta tolong syeikh huraikan metod pendidikan islam mengikut susunan abdurrahman al nahlawi serta muhamad Qutb..

    syukran ya syeikh..

  16. aminchehassan berkata:

    Waalaikumussalam Saudara Dedi,

    Pertamanya saya mengucapkan syabas kepada anda dan isteri kerana telah dikurniakan seorang sang putri cahaya mata. Itu adalah anugerah dan amanah yang besar daripada Allah SWT.

    Pertamanya, saya melihat perbezaan pendekatan anda dan isteri adalah merupakan satu kelebihan. Anda lebih bersetuju pendekatan kerjasama antara suami & isteri. Sementara isteri anda lebih yakin dengan pendekatan tegas daripada kedua-dua belah pehak (suami & isteri).

    Apa yang penting kedua-dua pendekatan ini boleh disenergikan (disatukan) untuk melahirkan satu cara yang efektif. Biasanya dalam sesebuah keluarga, yang bertegas ialah sang ayah dan yang berlembut dengan anak ialah sang ibu.

    Kondisi ini boleh berubah dengan keadaan keluarga itu sendiri khususnya sang ayah dan ibu. Pada suatu ketika jika si isteri begitu lantang/tegas menegur anak, maka si ayah/suami mestilah mempunyai peranan menyejukkan. Begitulah sebaliknya.

    Sesetengah situasi ayah begitu tegas, dan sesetengah situasi ibu begitu tegas dengan anak. Maka penting di sini kerjasama antara pasangan suami isteri dalam memastikan anak-anak kita tidak rosak mental dan jiwanya.

    Kedua, terdapat pelbagai pendekatan ibubapa untuk menegur anak-anak mereka. Pendekatan kepada anak lelaki semestinya berbeda dengan pendekatan menegur anak perempuan. Anak lelaki dan perempuan mempunyai perbedaan dalam gaya berfikir dan bertindak.

    Pendekatan yang saya syorkan di sini ialah dengan menggunakan pendekatan MULA DARI DIRI KITA (IBU & AYAH). Anak-anak kita sebenarnya lebih mudah meniru gaya hidup kita berbanding mengikut arahan dan perintah lisan daripada mulut kita.

    Apapun, saya sarankan kepada anda dan pasangan duduk bersama berbincang pendekatan yang paling sesuai terhadap anak-anak anda. Persetujuan ini mesti diikuti dan dilaksanakan bersama demi kepentingan keluarga dan anak-anak.

    Semuga sedikit memberi panduan.

  17. aminchehassan berkata:

    Kepada iela,

    Ini alamat darussifa

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443

    Email: alsyifa@streamyx.com

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa’ dari Google Map,

    http://wikimapia.org/#lat=2.9494001&lon=101.7691576&z=18&l=0&m=a&v=2&search=darussiyifa

    SILA ke http://www.darussyifa.org/. Link peta ada kat bawah sekali.

  18. Uya Afsup berkata:

    assalamualaikum saudara aminchehassan. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki berusia 13 thn dan perempuan berusia 6 thn. Setakat ini anak lelaki saya tidak penah tinggal solat 5 waktu tetapi masalah yang saya hadapi beliau susah untuk mendengar nasihat dari saya malah bila saya memberi sesuatu arahan pada beliau selalu lupa dan tak ingat. Suka mengusik adiknya yg berusia 6 thn dan suka bergaduh dan kadang-kadang membuat saya cepat marah dan tanpa sedar saya mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap anak-anak saya. Kemudia saya berasa menyesal kerana sebagai seorang ibu tak sepatutnya saya mengeluarkan kata-kata yang buruk kepada anak-anak saya. Saya ingin meminta pendapat saudara apakah cara yang sesuai atau ada tips yang berguna untuk saya menegur anak-anak saya dan mereka mudah mendengar kata ayah dan ibu seperti saya ini.
    Sekian terima kasih
    wasalam

    • aminchehassan berkata:

      Waalaikumussalam saudara/I yang bertanya,

      1. Pertamanya tahniah kepada anda kerana dikurniakan dua cahaya mata oleh Allah SWT.
      2. Saya bukanlah yang terbaik untuk menjawab pertanyaan saudara/I yang bertanya.
      3. Namun, sebagai perkongsian saya akan cuba memberi pandangan dan cadangan agar kita sama-sama cuba praktikkan.
      4. Masalah yang dihadapi oleh saudara/I adalah masalah kebanyakkan ibubapa hari ini.
      5. Daripada persoalan saudara/I di atas saya membuat beberapa kesimpulan.
      6. Pertama : Masalah yang hadir daripada anak anda
      7. Kedua : Masalah yang diri sendiri sebagai ibubapa
      8. Anak sulung anda mungkin menunjukkan sikap sedemikian rupa kerana beberapa faktor. Antaranya ialah ingin menarik perhatian lebih daripada ibubapa atau wujud beberapa persepsi negatif dalam mindanya tentang ayah, ibu dan adiknya atau ada masalah yang membelenggu dirinya ataupun beberapa factor yang lain.
      9. Melihat kepada persoalan anda di atas, berkemungkinan besar anak sulung anda ingin menarik perhatian anda walaupun dalam bentuk dia dimarahi.
      10. Saya amat bangga kerana anda telah berjaya mendidik anak sehingga dia boleh istiqomah mendirikan solat fardhu. Itu menunjukkan hatinya lembut untuk taat kepada Allah SWT.
      11. Nasihat yang baik adalah nasihat yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan memilih waktu, tempat, masa yang tepat. Contohnya : selepas solat fardhu berjemaah di rumah. Anda boleh gunakan peluang tersebut untuk menegur bukan menghukum.
      12. Arahan yang diberikan ada baiknya diberikan dalam bentuk mohon pertolongan. Contoh bentuk arahan : Along, belikan bawang kat kedai sana tu. Cepat ya! . Contoh bentuk minta pertolongan: Along, tolong ibu belikan bawang kat kedai sana tu. Nanti ibu nak guna bawang tu untuk makan tengahari kita nanti. Anak sulung anda mungkin tidak suka berbentuk arahan.
      13. Petua melembutkan hati anak ialah dengan berdoa, dan jadikan praktis dengan mencium dahi anak setiap malam selepas dia tidur dengan penuh kasih sayang. Boleh juga bercakap-cakap dengannya seperti, Along, ibu amat sayangkan Along. Ibu doakan Along jadi anak yang soleh dan anak yang pintar!!! Ucapkanlah apa2 yang positif. InsyaAllah…
      14. Awasilah makanan anak anda! Elakkan makanan yang tidak halal dan makanan segera/rapu seperti snek & sebagainya. Makanan antara punca anak-anak kita degil dan susah mendengar nasihat.
      15. Sebagai ibupapa kita hendaklah biasakan keluarkan perkataan yang baik terhadap anak-anak walaupun dalam keadaan marah. Seperti. “Along, Allah SWT tak suka orang yang usik adiknya!”. “Along, Allah SWT suka kalau Along buat baik kat adik!”.
      16. Akhirnya saya harap sedikit perkonngsian ini memberi sedikit sebanyak tips kepada anda. Satu lagi, jangan lupa untuk memberi hadiah kepada anak anda bila ada perubahan dalam dirinya sebagai tanda anda suka akan sikapnya itu.

      Wallahu’alam.

      Alhamdulillah

  19. Hawa berkata:

    Assalamulaikum saudara Amin

    saya sudah mempunyai 2 org cahaya mata. yang pertama perempuan berusia 2 thn & yg kedua berumur 6 bulan.

    masalah yg saya hadapi ialah kerenah anak yg sulung yang selalu inginkan perhatian yg lebih dr adiknya. setiap kali bila saya bersama dgn anak kedua saya, kakaknya pasti merengek/ buat hal yg mendtgkan kan kemarahan saya. Dan ada satu masa sampai sanggup memukul adiknya.

    Saya & suami cuba bcakap dgn lembut tp kakaknya tidak mengendahkan kata2 kami. Bila cuba keluarkan kata2 kasar juga tidak diendahkan juga.

    Ibu mertua saya pula suka menyebelahi anak sya yg pertama dari yg kedua.

    Cara apakah dan bagaimanakan yang saya buat bagi membuatkan anak sya mendengar kata2 saya itu.

    sekian wasalam

    • aminchehassan berkata:

      Waalaikumussalam,
      Kepada Sdri Hawa,
      Sebagaimana jawapan saya sebelum ini, saya bukanlah yang paling baik untuk menjawab persoalan ini. Persoalan anda hampir sama dengan persoalan pelawat weblog ini. Sila rujuk kepada jawapan saya yang lepas. Selain itu, anda dan suami mesti mencari waktu yang sesuai untuk memberi ‘lebih’ sedikit perhatian kepada anak yang pertama. Misalnya dengan memberi beberapa hadiah berbentuk mainan & sebagainya tanpa kehadiran anak kedua. Tindakan ini bukan bermakna anda mengabaikan yang kedua. Sebaliknya perhatian 100% untuk melihat apakah yang diperlukan oleh anak yang pertama. Walaupun usianya baru mencecah usia 2 tahun, namun kerana dia begitu mengharapkan perhatian dari anda berdua. Cuba bercakap-cakap dengannya dan lihat reaksinya. Selebihnya, kita sebagai ibubapa mestilah sentiasa berdoa dan terus berdoa. Cubalah kawal kemarahan kita sedaya upaya supaya tidak keluar perkataan-perkataan yang kesat kepada anak kita. Kerana kata itu juga mempengaruhi diri anak. Untuk ibu mertua, saya cadangkan cubalah berkongsi hati ke hati dengannya. Luahkan masalah anda dan kongsikanlah tips2 dengan ibu mertua anda kerana dia ada pengalaman. Satu lagi, cubalah memberi minum anak dengan air zam-zam dan berdoa agar hati anak-anak kita lembut dan boleh mendengar nasihat kita.Diharap dapat membantu sedikit sebanyak.

      Cuba kita sama-sama praktikkan amalan ini. Klik https://anakkusoleh.wordpress.com/2008/04/15/jadikan-anak-pintar-dengan-izin-allah/#comment-108

      Ketua Editor AnakkuSoleh.

  20. Pingback: Soal-jawab @ anakkusoleh.1com.my

  21. Pingback: Soal Jawab 2 @ anakkusoleh.1com.my

  22. Suriani Ab Karim berkata:

    Assalamualaikum Saudara Amin…
    Saya suriani ab karim 29 tahun..dikurniakan 3 cahaya mata semuanya putra…yang sulung Ahmad fariz Zaquan 4tahun dan yang kedua pula adalah sepasang kembar seiras..ahmad Hassanuddin & ahmad Hussienuddin dalam 2tahun…masalahnya sekarang tahap perkembangan anak yang sulung slow sikit jika nak compare dgn si kembar….masa kecik dulu dia kuning sampai kena tukar darah…bila dah besar baru nampak kesan sampingannya…saya kesian kat dia…kengkadang dia nak sebut utk satu2 ayat pun amik masa agak lama dan xselancar adik2 nyer…cara dia berlaripun macam nak rebah…kalau dia berlari dgn adik2nya kengkadang dia terlalu teruja sampai rebah….pilu pulak rasanya…walaupun dia susah untuk bertutur namun minda dia ingat smua huruf n abjad2 yg saya ajar…doa2 yg saya ajarpun dia blh ikut…dia tau nak apa dan sebaliknya…yg saya risaukan sekarang ni badan dia xblh nak imbangi sgt…tu kalau dia berlari kengkadang dia rebah…yg mampu saya buat skarg ni adalah berdoa dan bertawakal pada-Nya…harap dapat saudara amin membantu…terima kasih…

    • aminchehassan berkata:

      Waalaikumussalam sdr Suriani,

      Saya pohon maaf kerana lewat membalas persoalan anda.
      Tahniah kerana anda dianugerahi Allah 3 cahaya mata.
      “Setiap penyakit ada ubatnya”.

      Puan perlu berusaha berterusan untuk membantu putra sulung puan tersebut dengan pelbagai cara perubatan yang merangkumi pisikal dan rohani.
      Untuk perubatan fizikal saya cadangkan selain perubatan moden, puan boleh mencuba dengan perubatan homeopati. Mungkin semua kesan yang berlaku ke atas anak puan itu disebabkan proses pertukaran darah yang mempunyai kesan-kesan tertentu kepada anak-anak. Mungkin boleh dirujuk kepada dr pakar.

      Untuk perubatan rohani dan doa-doa. Saya cadangakan puan ke Darus Syifa. Dr Harun Din.
      Mudah-mudahan segala usaha puan diberkati Allah SWT dan anak puan sembuh seperti sediakala.

  23. asue berkata:

    saya ada 3 anak lelaki, bezanya 2 tahun set. org. anak2 amat lasak dan permainan agak kasar. yg kecik 1thn 6 bln, pernah menggigit jari dan memukul kepala dengan mainan kpd seorang bdk lelaki umurnya 1 thn 2 bln. saya rasa amat bersalah dan bagaimana harus saya mendidik yg terbaik?

  24. asue berkata:

    Assalamualaikum ustaz
    maafkan saya..boleh ustaz bagi panduan mendidik anak2, terutamanya anak lelaki seperti soalan di atas. saya agak garang kpd anak terutamanya apbila mereka berkelahi dan berebut brg mainan. kadang2 saya xtahu nk buat apa ustaz..terima kasih

    • aminchehassan berkata:

      Waalaikumussalam

      Pertamanya, tahniah kepada saudari kerana telah dikurniakan cahaya mata. Mereka merupakan ujian kepada kita sebagai seorang ibubapa. Pendidikan anak lelaki dan perempuan berbeza. Peluklah mereka untuk melembutkan jiwa mereka ketika marah kita kepada mereka. Nasihati mereka dengan kata-kata yang baik. Yang penting berdoa untuk mereka.

  25. assalamualaikum ustaz
    anak saya berumur 10 bulan.masalahnya dia kerap menangis tanpa sebab dan susah untuk tidur.dia juga tidak mahu ditinggalkan bersendirian dan tidak mahu berenggang dengan saya.buat pengetahuan ustaz anak saya seorang yang sihat dan aktif.bolehkah ustaz memberikan panduan agar anak saya menjadi penyabar dan tenang..terima kasih.

    • aminchehassan berkata:

      Salam Sdr Wan Siti Normaziya,

      Daripada pengalaman anak-anak saya sendiri. Kanak-kanak diusai ini memang berkelakuan sebegitu. Ini kerana mereka amat memerlukan kita sentiasa dengan mereka. Apapun kita boleh berdoa untuk mereka banyakkan selawat dan surah an-nusyrah. Satu lagi, kita kena doakan agar Allah perkuatkan diri kita untuk mentarbiah anak-anak kita.

      Ketua Editor
      AnakkuSoleh.Wordpress.com

Tinggalkan Jawapan kepada Khairuddin Batal balasan