Berhenti ‘Belajar’. Bermainlah! – www.Saifulislam.com

 

“Saya tak suka dengan cara montessori. Banyak main. Belajarnya tidak!” kata seorang ibu.

Tentu sahaja seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Namun, amat rugi apabila seorang ibu tidak tahu apa yang terbaik untuk anaknya.

Kerana sayang dan mahukan yang terbaik, boleh sahaja seorang ibu ‘merosakkan’ si anak, atas nama kasih sayang seorang ibu.

 

Kita mahukan sistem pendidikan melahirkan manusia yang baik. Kita ada idea yang canggih tentang makna BAIK. Tetapi kita sering terperangkap dan keliru dengan makna MANUSIA. Akhirnya dek kerana BAIK yang canggih dan MANUSIA yang keliru, apa yang lahir daripada pendidikan kita adalah ROBOT BAIK.

Sejak tahun 1980′an, Small Wonder sudah secara halus memberi nasihat kepada ibu bapa agar jangan membesarkan anak-anak menjadi Vicki the Robot!

Di era pendidikan ala-ala ‘lebih banyak lebih tidak cukup’ ini, saya dan isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak saya bermain. Kami tidak kisah mereka lambat membaca, kami tidak kisah mereka perlahan mengira, kami juga tidak peduli anak-anak kami pada usia kecil tidak menghafal doa dan surah al-Quran yang panjang-panjang. Kami hanya mahu mereka bermain.

Bukan kerana apa.

Saya dan isteri percaya bermainlah cara yang penting untuk kanak-kanak belajar.

Di Brainy Bunch Islamic Montessori, sedikit sebanyak saya gembira dengan pendekatan yang digunakan untuk mencapai tujuan ini. Si anak diberitahu supaya datang ke sekolah membawa bunga raya (hingga baru saya tahu betapa susahnya hendak mencari bunga raya pada tahun 2012 ini), ada harinya kena ke sekolah dengan membawa apa-apa jenis rumput. Bukannya buku teks seberat 1kg di dalam beg ala-ala pramugari!

Mungkin bagi yang duduk di kampung, membawa rumput dan bunga raya ke sekolah itu mengarut.

Tetapi bagi anak kampung yang membesarkan anak-anak bandar, saya amat menghargai pendekatan belajar seperti ini. Menggunakan seluruh deria anak untuk menimbulkan rasa seronok mereka belajar. Mereka rasa mereka sedang bermain, lalu mereka gembira. Hakikatnya mereka sedang belajar. Dan pelajaran yang mereka belajar dalam permainan itu, tidak mampu diberikan biar pun oleh silibus krim paling krim, yang memisahkan bermain daripada anak-anak.

SUNNAH

Di dalam Sahih Ibn Hibban, Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjelirkan lidahnya kepada Al-Husain bin Ali radhiyallahu ‘anhuma supaya anak kecil itu dapat melihat merahnya lidah baginda lalu dia gembira ceria.

Kalau adalah ustaz atau ustazah di sekolah menjelirkan lidah bergurau dengan seorang budak, mungkin ibu robot akan membalas, “Huh, tak tsiqah!”

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

2 Responses to Berhenti ‘Belajar’. Bermainlah! – www.Saifulislam.com

  1. mpc2u berkata:

    Betul…betul…tidak semesti sepanjang waktu hanya serius saja, adakalanya kita perlu waktu yang santai.🙂

    http://bit.ly/penpintarmyiman

  2. al-kelangi berkata:

    Ramai ibu bapa terikut-ikut cara pendidikan dan PEMIKIRAN timur dan barat, seperti USA, Australia, Jepun, Cina dan lain-lain. Mereka mengatakan pendidikannya adalah bagus. Mereka membawa pendekatan “kaedah belajar sambil bermain” kaedah ini di tiru hampir seluruh tadika di Malaysia. Walaupun kaedah ini baik dan bagus tetapi, ia tetap menampakan kesan yang negetif yang akhirnya anak-anak banyak bermain sehingga meningkat dewaa Sebenarnya pendidikan Islam Imam al-Ghazali sangat baik berbanding pendidikan timur dan barat contohnya kita di ajar doa, kita di ajar solat, kita di ajar menghafaz al-quran membentuk kerohanian, berbanding negera barat yang tidak mempunyai agama dan tidak tahu hala tujunya.
    Saya pernah berjumpa seorang ibu yang tidak suka anaknya di paksa belajar di sekolah tadika kerana ia akan memberi tekanan sehingga tidak mahu ke sekolah. Baginya sekolah tadika apalah sangat. Katanya: Biar anak saya tidak tahu membaca, mengira asalkan ia suka ke sekolah dan happy, kerana saya sendiri tidak memaksa anak saya belajar membaca. Lalu ia mengambil contoh pendidikan di barat yang jauh berbeza di Malaysia.
    Hal ini bercanggah dengan pendidikan yang saya terapkan, yang mana kanak-kanak seusia 4-6 tahun wajib membaca, mengira, mengafaz, menulis kerana ia merupakan asas. Kanak-kanak seharusnya dipaksa dan di didik dengan tegas dan lembut. Mari kita lihat Jibril memerintahkan dan memaksa Nabi membaca IQRA 3x Nabi tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Nabi sehingga sesak nafasnya. Andai kata Jibril membiarkan Nabi, lalu tidak mengajarkan Nabi dengan ketegaskan (yaitu dengan lafaz bacalah feel amar), paksaan ( yaitu dibaca 3x) dan kelembutan (yaitu pelukan kasih sayang) nescaya Nabi tidak akan tahu membaca selama-lamanya.
    Di tadika saya terdapat seorang pelajar 6 tahun dari Internasional School di Arab Sudia, dengan yuran RM20k setahun. Ia merungut kerana bukunya tebal-tebal, kemudian di ajar belajar tulisan sambung yang belum sampai ke tahap pemikiranya. Ibunya memberi tahu saya bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia sangat bagus dan baik.
    Bagi kita umat Islam, ikutlah cara Islam, tidak perlu terikut-ikut cara barat yang banyak bermain sehingga melalaikan kanak-kanak, sehingga ke mana-mana ia pergi ia akan bermain. Di tadika bermain, di rumah bermain, di masjid bermain, di rumah kawan bermain, di sekolah bermain.

    Sekian wassalam.
    Al-kelangi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: