Jadikan anak anda hebat

Kebiasaan saya akan menulis entry saya sebelum masuk waktu subuh, kerana ketika itu, sudah pastinya minda saya berada di tahap alpha dan banyak idea yang akan saya perolehi. Tetapi adakalanya saya terpaksa melewatkan masa menulis saya kerana kesibukan dan hal kerja yang tidak dapat dielakkan.

Hari ni pun sama, walaupun saya bangkit sebelum subuh, saya on laptop saya, belum sempat saya menyambung internet connection saya, saya sudah pun tertidur balik, dengan badan tegak memegang mouse. Sehingga saya dikejutkan semula pada pukul 7.30 pagi oleh housemate saya. Mungkin badan saya terlalu letih, apa pun sesuatu yang positif yang saya dapati dari pengalaman tersebut, saya boleh melelapkan mata di mana-mana saja saya berada. So saya boleh pi Taman negara, untuk camping. hehe..

Mengapa saya buka cerita mengenai jaga anak semalam. Walaupun saya masih belum mempunyai anak, tetapi satu perkara yang paling saya pentingkan adalah kanak-kanak. Mungkin pengalaman saya yang lepas, banyak mengajar saya mengenai peritnya menjadi seorang anak yang tidak mempunyai ibu dan bapa, Jadi saya benar-benar berharap, tiada lagi kanak-kanak akan menerima nasib yang sama seperti saya.

Bukan niat saya untuk membuka pekung di dada, tetapi ianya hanya sebagai contoh, bagi anda yang mempunyai keluarga, betapa hebatnya anda, sekiranya mempunyai keluarga yang baik dan tidak berpecah. Kerana akibat perpecahan keluarga anda, bukan hanya anda sahaja yang menjadi mangsa, tetapi juga anak-anak kecil anda.

Jika dulu , ketika saya masih lagi zaman kanak-kanak sehigga sekarang pun, sekiranya saya melihat seorang anak dibelai oleh seorang ibu, pastinya hati saya menjadi sayu. Adakah anda inginkan anak anda bersedih, kerana tidak mendapat kasih sayang secukupnya daripada anda.

Satu lagi pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan, pernah semasa saya masih lagi berada di sekolah rendah, saya menaiki kereta ke satu tempat, dan ketika itu, saya duduk di kerusi belakang, bersebelahan makcik saya. Lengan saya bersentuh dengan lengan makcik saya, disebabkan oleh sentuhan itu, saya merasa cukup bahagia. Saya tidak pasti bagaimana anda membayangkan kebahagiaan itu, tetapi itu sudah cukup bahagia, bagi seorang anak yang benar-benar menginginkan kasih sayang keluarga.

Ketika saya berumur 15 tahun, satu kemalangan  telah berlaku kepada diri saya,walaupun kemalangan tersebut amat mengerikan dan hampir-hampir meragut nyawa saya, tetapi ianya adalah sesuatu yang membahagiakan bagi diri saya. Mengapa? Kali pertama, saya merasakan sentuhan tangan bapa saya, ketika beliau membelek rambut saya, mencari sekiranya masih terdapat lagi kaca yang melekat di kepala saya (ketika kemalangan, saya terpelanting diatas cermin kereta). Ketika itu, terasa bahagianya saya. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui, kesakitan akibat kemalangan , tidak lagi penting bagi saya.

Kebahagiaan kedua, kerana kemalangan itulah , buat pertama kalinya saya mengenali ibu saya, dan melihat betapa cantiknya wajah ibu saya seperti yang selalu diceritakan kepada saya. Cuma yang agak menyedihkan beliau menemui saya ketika saya berada dalam kesedihan. Sudah pasti ketika itu, perasaan beliau amat sedih. Itu hanya secebis cerita yang saya ingin kongsikan bersama anda.

Saya sambung semula mengenai  jagaan minda anak anda. Walaupun  ketika ini, anda berada di dalam keadaan yang teruk, miskin, melarat, dan gagal. Jangan sekali anda menyogokkan minda anak anda, dengan kemiskinan dan kegagalan anda. Sentiasa meberikan saranan yang positif kepada anak anda, tentang betapa hebatnya kehidupan sseorang yang memiliki kejayaan, kekayaan. Ceritakan kepada anak anda, mengapa kejayaan itu penting. Berikan sebab kepada mereka mengapa mereka mesti berjaya. Sentiasa berikan saranan yang positif, dapat merangsang minda mereka untuk terus inginkan kejayaan. Anda harus mulakan semua ini, sejak dari zaman kanak-kanan lagi. Sekiranya anda inginkan anak anda menjadi seorang yang hebat, latihlah mereka dengan hebat, ketika masih kecil lagi, kerana pada masa inilah anda dapat memupuk minat mereka. Bak kata pepatah , melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Hipnosis pemikiran anak anda, dengan memasukkan pesanan atau saranan positif terhadap minda anak anda. Lakukan pengulangan. Supaya saranan positif anda, terakam kemas di minda separa sedar. Walau bagaimana sekalipun masalah anda bersama pasangan anda, jangan tonjolkan masalah tersebut di hadapan mereka. Anda ingin bertengkar atau bertumbuk sekalipun, jangan biarkan berlaku di depan mereka. Kerana anak anda adalah cermin anda.

Apa yang anak anda lihat, akan terakam di minda mereka dan akan dijadikan model oleh mereka sendiri tanpa mereka sedar.

Satu perkara yang saya minta sangat-sangat daripada saya, sentiasa sarankan di minda anak anda sejak kecil lagi, bahawa bangsa kita iaitu melayu adalah bangsa yang hebat, semoga dengan cara ini, anak-anak dan keturunan anda,menjadi melayu yang hebat.

Rujukan : http://linncomel.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: