Mendidik Anak-anak Berpuasa

Puasa Yop, Puasa!

September 10th, 2008 | by Abu Saif | 663 views | Print Print | Email Email |


Kami lapar, Abi, Ummi!

“Abi, Yop lapar! Yop lapar betul ni!”, Saiful Islam merayu-rayu.

Wajahnya sungguh memilukan. Bisa mencairkan hati Abi dan Ummi.

“Sekarang ni pukul berapa?”, saya bertanya.

“Pukul 2, Abi. Tolong la, Yop lapar ni. Yop kata lapar, lapar laaa!”, Saiful Islam terus memujuk rayu.  

TAHUN PERTAMA

Tahun ini adalah tahun pertama anak sulung kami belajar berpuasa. Tiada paksaan. Cuma galakan. Umpannya ialah, keseronokan berbuka puasa. Bukan keseronokan yang dibuat-buat, tetapi keseronokan yang dikurniakan Allah SWT bagi setiap mereka yang berpuasa. Satu dari dua keseronokan untuk mereka.

“… Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhan-Nya…” [Riwayat Muslim, Ahmad, al-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Keseronokan berbuka puasa kerana hidangannya mungkin lebih kreatif dan pelbagai. Keseronokan yang lebih ketara adalah kerana makan bersama, serta makan dengan sebenar-benar lapar dan dahaga.

Kami berdua memantau keadaan Saiful Islam. Bibirnya, lidahnya, tahap keaktifan dan keceriaan, semua itu penting kerana berpuasa 13 jam mungkin boleh memudaratkan kanak-kanak pada usia 6 tahun sepertinya.

GAGAL

“Aik, kenapa kamu suap Saif makan?”, Ummu Saif menyergah bibik yang sedang menyuap Saiful Islam.

“Dia merayu-rayu, ibu. Kasihan saya”, kata Aminah, bibik yang memang sangat prihatin dengan anak-anak kami di rumah.

“Aduh, kami sedang melatih dia berpuasa…”, Ummu Saif sedikit kecewa kerana jam sudah pun hampir ke waktu Asar.

“Yop pujuk bibik ya?”, saya bertanya.

Saiful Islam mendiamkan diri. Nampak riak kesal dan bersalah pada mukanya.

MENARIK ‘PRIVILEGE’

Oleh kerana anak kami telah mungkir janji, maka kelebihan berbuka puasa, berjalan ke Bazar Ramadan terpaksa ditarik balik. Perkara ini memerlukan ketegasan dan kerjasama suami, isteri dan bibik (jika ada) untuk melaksanakannya. Menarik privilege adalah salah satu kaedah mendisiplinkan kanak-kanak.

“Alaa, Yop nak ikut”, Saiful Islam merayu lagi.

“Kalau Yop puasa, Yop bolehlah ikut. Bazar Ramadan untuk orang-orang yang berpuasa sahaja. Orang tak puasa duduk rumah”, saya menolak permintaannya.

Saiful Islam nampak kecewa.

“Nanti, makan dengan Abi dan Ummi. Tapi Yop tak boleh ikut pergi Bazar Ramadan”, kata Ummu Saif kepadanya.

Ya, tidak perlu dua tiga hukuman untuk satu kesalahan. Ia boleh mengundang tafsiran yang salah bahawa kita cuba menekan dan ‘menyeksa’nya.

Hari itu kami semua makan bersama. Seperti biasa, Imad menjadi ‘ancaman’ terbesar kami. Keghairahannya terhadap hidangan makanan di meja membawa sampai beliau boleh duduk di tengah-tengah meja menjadi ‘hidangan utama’ kami!


Pengganas di meja makan

CUBAAN KEDUA

“Yop puasa tak di sekolah hari ini?”, saya bertanya semasa mengambil Saiful Islam dari PASTI.

“Puasa. Ada kawan Yop nama Aman menangis, Abi. Sebab tak tahan puasa”, kata Yop.

“Tak baik mengumpat. Yop menangis tak?”, saya menyoalnya lagi.

“Tak. Yop tak nangis”, jawabnya penuh yakin.

Alhamdulillah, hari itu adalah hari kedua Saiful Islam cuba berpuasa. Nampaknya Insya Allah beliau akan berjaya. Jam sudah pun masuk pukul 5 petang. Kunci kepada kejayaan hari ini ialah aktiviti. Oleh kerana Saiful Islam bersekolah maka dirinya disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan hingga terisi masa menjangkau petang.

Ini merupakan salah satu kunci penting dalam proses melatih anak berpuasa. Generasi sahabat juga melakukan pelbagai perkara ketika melatih anak-anak mereka berpuasa, termasuk memberikan ‘permainan’ yang membolehkan mereka menjadi sibuk.

Masa lapang tanpa aktiviti memang sering membunuh potensi cemerlang kita. Harus diingat hingga menjelang remaja dan dewasa malah sampai ke tua.

Petang itu saya membawa Saiful Islam ke Bazar Ramadan. Beliau diberi peluang memilih apa-apa makanan yang disukainya. Tetapi seperti biasa, pilihannya sudah saya jangka. Bihun goreng dan naget ayam. Itu sahaja.


Sambal tempoyak daun kayu berudang – source

Saya pula membeli sambal tempoyak daun kayu sebagai tambahan kepada lauk yang sudah dimasak di rumah. Begitu juga dengan makanan kegemaran saya yang sederhana sahaja, iaitu kuetiau goreng. Ummu Saif memilih kek batik sebagai hidangan petang itu.

Untuk Naurah dan Imad, apa sahaja bisa menjadi pilihan mereka. Tetapi Naurah sukakan benda yang berair. Sup sayur, sup cendawan, pengat pisang atau apa-apa jenis bubur yang berkuah.

“Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, TV9 melaungkan azan menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

“Alhamdulillah, tahniah Yop!”, kami semua mengucapkan tahniah kepada Saiful Islam kerana Jumaat 5 Ramadhan 1429 adalah hari pertama Saiful Islam berjaya puasa penuh.

PERLATIHAN YANG BERKESAN

Sehingga ke hari ini sudah masuk 5 hari Saiful Islam berpuasa penuh. Ada masanya, beliau akan merayu-rayu hingga berjalan di atas lutut bagai orang cacat untuk mencairkan hati kami.

“Ummi, Yop lapar ni. Pukul berapa nak buka puasa?”, Saiful Islam mengeluarkan skil pujuk rayunya yang penuh ‘kehibaan’.

“Kalau Yop buka puasa sekarang, Yop makan nasi sejuk bibik. Kalau Yop puasa sampai pukul 7, Yop boleh makan makanan yang sedap. Yop nak yang mana satu?”, Ummu Saif bermain minda dengannya.

“Emm, Ummi janji masa berbuka nanti Yop nak ada naget ayam dengan bihun dengan air oren dengan aiskrim dengan…”, katanya.

“Amboi! Banyaknya. Larat ke nak makan banyak-banyak tu? Pilih mana yang Yop larat makan sahaja”, kata Ummu Saif.

“Ye la, ye la. Yop nak naget ayam dengan bihun. Eh, kuetiaw macam Abi”, kata Saiful Islam.

“Okay!”, kami sama-sama bersetuju memberikan komitmen.

Puasa Ramadan bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga. Puasa Ramadan ialah proses melatih kita mengawal kemahuan dan keinginan diri, belajar membuat pilihan yang tepat, belajar bertindak mengikut keperluan dan bukannya rangsangan… dan ternyata tabiat-tabiat negatif anak kecil seperti Saiful Islam yang sering mendesak kami menunaikan kemahuannya membeli CD atau permainan, kelihatannya amat terubat dengan puasa.

Dia berlatih mengawal diri.

Berlatih untuk lebih waras ketika meminta.

Nampak sekali nilai-nilai sabar dan boleh menerima penolakan atas permintaan itu tumbuh dalam beberapa hari pertama Ramadan dalam hidupnya.

MEMBERI PILIHAN

“Esok kalau Yop rasa penat sangat, tak payahlah puasa”, kami memberi pilihan kepada Saiful Islam.

Oleh kerana beliau sudah beberapa hari berjaya, kami memberanikan diri membuka ruang untuk beliau membuat pilihan. Risau juga kalau-kalau apa yang dimakan dan diminum olehnya pada waktu malam, tidak cukup untuk menggantikan beban puasanya. Terutamanya air minuman.

Dehidrasi badan boleh menjadi ancaman kepada nyawa!

“Takpe, Yop nak puasa juga!”, kata Saiful Islam. Tegas.

Alhamdulillah, puasa yang dipilih lebih bermakna.


Abi kata korek hidung tak batal puasa

Semoga kejayaan Saiful Islam menunaikan Ibadah puasa tahun ini membuka laluan yang mudah untuk Naurah dan Imad pula menirunya nanti.

Sesungguhnya Ramadan ini penuh dengan proses mendidik kami untuk menjadi ibu bapa yang lebih peka berkomunikasi dengan anak-anak. Sesungguhnya kami belajar sebelum mengajar kerana what you give you get back!

Terima kasih Ramadan.

Syukur pada-Mu ya Rahman.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

One Response to Mendidik Anak-anak Berpuasa

  1. chingga89 berkata:

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————Hiburan
    ————Humor
    ————ICT
    ————Isu Semasa
    ————Lelaki
    ————Pertahanan & Ketenteraan
    ————Remaja
    ————Sukan
    ————Wanita
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://jiwang.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: