Rakam kejadian rogol bergilir-gilir

Posted on 5 Mei 2008 oleh mujahidin

Info Oleh : Harian Metro 05 Mei 2008

KAJANG: Kejam apabila seorang eksekutif bank bukan setakat dirogol bergilir-gilir, malah penjenayah turut merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi, penjenayah dipercayai warga asing merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah kereta sambil perbuatan itu dirakam.

Selepas dirogol, mangsa yang berada dalam keadaan bogel ditinggalkan tidak bermaya di situ sebelum diselamatkan orang ramai.

Wanita terbabit sebelum itu disamun dan diculik ketika berkunjung ke rumah ibunya di SS2, Petaling Jaya sebelum dilarikan dengan menaiki kereta ke lokasi kejadian.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa dan suami ke rumah ibunya di Petaling Jaya menaiki kereta.

“Sebaik tiba di depan rumah ibunya, Honda Civic dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita berhenti berhampiran mangsa.

“Suspek yang bersenjatakan tukul besi dan pisau meluru ke arah pasangan suami isteri itu dan mengarahkannya menyerahkan barang berharga,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dicederakan kemudian menyerahkan wang tunai RM4,000 kepada penjenayah itu.

Menurutnya, selepas mendapatkan wang tunai, penjenayah menarik wanita itu masuk ke dalam kereta dan melarikannya.

“Mangsa dibawa ke Batu 18, Hulu Langat dan dirogol dua penjenayah dalam kenderaan di tepi jalan.

“Suspek didakwa merakam perbuatan rogol itu menggunakan kamera telefon bimbit,” katanya.

Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.

2 Responses to Rakam kejadian rogol bergilir-gilir

  1. kang4roo berkata:


    Kalau Nak Buat Blog, Cuba Masuk Laman Web “Leoxa.com”
    (Themenya Cantik-cantik)

  2. sapa weh g urus berkata:

    isinya gak mutu bgt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: