Didik diri sebelum kawin

Didik diri sebelum kawin

Sumber : http://ulamaummah.blogspot.com

Ketika isteri saya menulis satu artikel berkenaan dengan bait muslim satu ketika dahulu, beliau telah menaqalkan kata-kata Imam Ghazali, katanya begini :

“Pendidikan terhadap anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahiran anak”.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Hujjatul Islam ini? Pada awalnya saya sendiri pelik dan sukar untuk memahami ungkapan ini. Kehadiran anak sulung kami telah memberi faham kepada saya.

Ironinya, mungkin Imam al-Ghazali ingin membawa kita kepada sedar akan pentingnya islah diri sebelum mendirikan rumahtangga dan menimang cahaya mata.

Atau lebih jauh lagi ibubapa sewajibnya mendidik anak-anak mereka dengan akhlak Islam seawal kelahiran agar pembentukan, pembesaran dan peribadi mereka akan melahirkan ibubapa yang mampu menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak mendatang.

Mengapa perlu seawal 20 tahun?

Pelik bukan? Saya juga sedikit hairan pada mulanya. Tapi hakikatnya akhlak bukanlah nilai yang mampu dilakonkan. Ianya satu gerak geri, tindakan, perilaku yang zahirnya secara sepontan.

Berakhlak bukanlah berlakon di pentas drama.

Tarbiah anak tidak semudah mendidik masyrakat.

Bila Imam al-Ghazali memberikan tempoh persediaan 20 tahun untuk mendidik anak, pastinya si pendidik (ibu dan bapa) sewajarnya tersedia peribadinya dengan ciri-ciri seorang murabbi.

Murabbi tidak semestinya penceramah. Murabbi yang sebenarnya ialah individu yang mampu memberikan contoh teladah kepada anak didiknya dalam setiap gerak gerinya. Di samping tahu kurang lebih anak didik mereka untuk dibetulkan dan kembangkan potensi diri mereka.

Kerana itulah sukarnya mendidik anak daripada mendidik masyarakat. Dakwah dihal ablagh min dakwah bi lisan (dakwah dengan hal – tindakan, gerak laku – lebih dalam kesannya daripada dakwah dengan lisan.

Seorang daie atau penceramah contohnya, hanya akan bersama dengan madue’nya dalam masa yang singkat. Sejam atau dua. Waktu yang cukup mudah untuk mempamerkan segala yang terbaik kepada khalayak ramai. Lain halnya dengan anak, masa bersama mereka cukup panjang. Segala baik buruk yang ada pada kita akan dicopy paste dalam minda dan akhlak anak-anak.

Saya makin memahaminya bila Fateh makin membesar.

Saya makin takut, bimbang segala buruk saya ditiru anak.

Cabaran untuk kita semua.

Saya masih jauh untuk menjadi contoh terbaik kepada anak dan isteri. Tapi usaha ke arah menjadi mithali perlu diteruskan.

Justeru cabaran bagi yang sudah bergelar ibu dan bapa, ayuh bersama kita tahzib akhlak untuk diri dan anak-anak bakal pewaris generasi. Masih belum terlambat untuk kita mulakan, biarpun persediaan 20 tahun awal yang lalu mungkin kita gagal, tapi gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya. Sekurang-kurangnya kita menyediakan anak-anak kita untuk menjadi ibubapa mithali sehebat Rasulullah saw dalam mendidik juga mentarbiah anak.

Buat bakal bapa, bakal suami dan bakal isteri, masa masih ada untuk anda bersedia.

Saya tinggalkan cabaran ini kepada saya dan semua. Ayuh jadi ibubapa mithali. Persediaannya bermula sekarang.

Pastinya dengan ilmu, amal dan doa.

One Response to Didik diri sebelum kawin

  1. haslinda ahmad berkata:

    sangat menyentuh… tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: