Matlamat Pendidikan

Antara matlamat umum yang ingin dicapai dalam pendidikan kanak-kanak ini antara lain ialah:

1. Untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tugas mereka di dunia ini.

2. Menanamkan bibit-bibit kecintaan kepada ISlam dan merasa bahawa diri mereka itu adalah milik Islam.

3. Untuk menolong kanak-kanak membesar disamping mencapai peribadi yang seimbang.

4. Untuk melahirkan kanak-kanak yang menghayati perjuangan Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

5. Untuk membimbing kanak-kanak dengan beberapa kemahiran yang membolehkan mereka memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling.

Rujukan : Syllabus & Guideline For Islamic Teaching (Ghulam Sharwar)

8 Responses to Matlamat Pendidikan

  1. faim berkata:

    assalamulaikum w.r..

    saya merupakan seorang ibu muda dan pengajar di tadika. boleh tak ustaz tolong bagi beberapa contoh sumber buku2, penulis-penulis, tokoh2 islam dalam pendidikan awal kanak2. setakat ni yang saya tahu abdullah nasih Al-Ulwan dan saya sedang berusaha untuk mendapatkan tulisannya sebagai bahan bacaan dan rujukan.

  2. aminchehassan berkata:

    waalaikumussalam

    Terima kasih atas sokongan anda kepada anakkusoleh.wordpress.com. Mohon maaf atas kelewatan respon.

    Antara buku-buku cadangan saya untuk rujukan ialah :
    1.anakkusoleh – karangan ust zahazan
    2.pendekatan islam terhadap pendidikan anak-anak terbitan Pustaka Salam

  3. nandha berkata:

    Selamat sejahtera nama saya Nandha dan saya nak tahu tentang konsep insan bermoral dan insan tidak bermoral menurut konteks akhlak Islam.

  4. aminchehassan berkata:

    Kepada Nandha, maaf kerana agak terlewat saya membalas komen anda.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung di blog ini dan memberi komentar.

    Pada asasnya, moral & akhlak adalah berbeza dari sudut pandang Islam.

    Moral merujuk kepada pandangan manusiawi yang boleh berubah-rubah penilaiannya mengikut zaman & tempat.

    Akhlak Islam lebih bersifat kekal/thabit merujuk kepada garis panduan kitab AL-Quran al-Karim & Sunnah Rasullullah SAW. Akhlak merujuk kepada adab & tatasusila yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Akhlak merupakan inti kepada amalan ugama Islam.

    Ini bermakna, Islam meletakkan insan yang bermoral ialah mereka yang mempunyai akhlak Islam. Insan yang tidak bermoral pula ialah mereka yang telah terkeluar daripada nilai-nilai akhlak Islam.

    Harap dapat menjawab persoalan anda.

  5. yazid berkata:

    Saya bapa kepada 3org anak (buat masa ni).. 6 tahun dan 4 tahun perempuan dan 1thn 4bln lelaki…. tolong syor kan bahan bacaan atau sumber rujukan (buku or website or etc) dlm islam.

  6. Semoga anak2 sentiasa bersama_nNya

  7. Bagaimana nak mencontohi anak2 jika ibubapa sendiri kurang didikan?

    • aminchehassan berkata:

      Salam Sdr. Fizamini,

      Kalau ibubapa rasa tak mampu, ibubapa wajib mencari guru yang boleh memberi contoh tauladan kepada anak-anak.

      Editor AnakkuSoleh

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: