Marhalah Pendidikan Anak-anak
Januari 3, 2011 Tinggalkan komen
Assalamualaikum kepada penjenguk setia AnakkuSoleh.
Lama rasanya saya tidak berkongsi di blog ini.
Malam ini saya cuba juga untuk berkongsi satu tajuk penting untuk ibubapa semua iaitu marhalah (tahap) pendidikan anak-anak yang saya petik dari buku ”Kaedah Mendidik Isteri & Anak , Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam’ karangan Abdul Rahman Mohamed.
m.s : 89 – 100
MARHALAH PERTAMA : MASA PEMBEBASAN DAN PENDIDIKAN LISAN ( Bayi hingga umur 7 tahun)
Marhalah atau peringkat ini adalah peringkat yang mana seorang anak itu bebas daripada apa-apa tuntutan dan tanggungjawab.
MARHALAH KEDUA : MASA PENDIDIKAN PRAKTIKAL ( Umur 7 tahun hingga baligh)
Peringkat ini adalah peringkat anak-anak sudah mengjangkau tamyiz atau mumaiyiz, iaitu sudah dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk.
MARHALAH KETIGA : MASA BERTANGGUNGJAWAB (Baligh sehingga menjangkau dewasa)
Peringkat ini adalah tatkala umur anak-anak sudah menjangkau lebih kurang sepuluh ke atas, rata-rata mereka sudah sampai kepada umur baligh, cukup umur atau umur matang. Inilah peringkat di mana anak-anak seharusnya bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.
Kredit untuk buku “”Kaedah Mendidik Isteri & Anak , Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam’ karangan Abdul Rahman Mohamed.”


















Komen Terbaru