Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah

EDITOR ANAKKUSOLEH MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ADIK NIK NUR MADIHAH ATAS KEJAYAAN BELIAU.

APA YANG LEBIH PENTING IALAH ADIK NUR MADIHAH IALAH HADIR DARIPADA KELUARGA YANG TAAT KEPADA ALLAH SWT.

EDITOR ANAKKUSOLEH

——————

INILAH RUMAH MEREKA

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Sumber – Utusan


NUR MADIHAH PUASA SEBAB MISKIN

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Sumber – Utusan 15 Mac

About these ads

10 Responses to Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah

  1. mohdzul berkata:

    Jangan hanya memuji..berilah sumbangan kepada orang islam yang ingin berjaya..saya ingin memberi sumbangan kepada keluarga ‘kakak, mohon sesiapa yang tahu sila maklum…semoga doa kepada Nya akan membawa keberkatan kehidupan keluarga ‘kakak’

  2. andi berkata:

    mohon dibahas peranan metoda2 pendidikan akselerasi seperti Kumon untuk matematika, Iqra untuk baca al Quran. Kumon lebih banyak dikuasai oleh chines karena perlu biaya besar, apakah muslim punya metoda yg mirip??

    • aminchehassan berkata:

      Terima kasih atas persoalan saudara andi.

      Mohon maaf kerana agak lewat menjawab pertanyaan anda.

      Secara ringkasnya, pada pandangan saya semua kaedah adalah harus selagi mana ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Hadith.

      Kaedah KUMON dan Iqra’ masing-masing boleh digabungkan.

      Islam tidak menetapkan kaedah-kaedah yang mana ingin digunakan.

      Untuk alternatif KUMON, saya sarankan anda menggunakan beberapa method lain yang biasa diajar guru-guru.

      Jika saya terjumpa, insyaAllah saya akan kongsikan di blog ini.

      Moderator Anakku Soleh

  3. ebi berkata:

    wahhh

  4. hajar berkata:

    slps saya membaca semua yg tertulis di atas..saya rasa lbih yakin untuk bljr..saya harap,dengan saya bljr seperti kakak,saya dapat menggembirakan kedua-dua orang tua saya….
    HARAP MEREKA BANGGA DENGAN KEPUTUSAN YG AKAN MEREKA TERIMA…
    ~AMIN~

  5. LAT berkata:

    Alhamdulillah Allah telah mengurniakan anak-anak yang soleh dan pintar. Moga sentiasa dalam keberkatan,

  6. {nina} berkata:

    slps saya membaca semua yang ade di atas,saya berasa syukur kerana masih ade pelajar seperti Nik Nur Madihah,saya berharap pada masa yang akan ade ramai lagi “Nik Nur Madihah”,dan saya lebih bersedia untuk menjawab soalan2 UPSR tahun depan

  7. farah berkata:

    asalamualaikum, saye mau tanya sikit ape rasianye kalau ingat buang sipat malas kite??? terima kasih itu je pertayaan saye :)

  8. nacs_ain berkata:

    saya juga berasal daripada keluarga yang sederhana macam kakak nik nur madihah.saya amat mengagumi kakak di atas kejayaan akak.semememangnya,saya juga berdoa agar saya dapat ikut jejak langkah akak.percubaan pmr dah bermula,alhamdulillah setakat ni saya dapat jawab dengan baik.semoga kejayaan akak menjadi titik dorongan ke arah kecemerlangan saya kelak,insyaallah

  9. mohammad ikram bin che isa berkata:

    setelah saya baca semua yg tertulis di atas…hati saya sangat tersentuh dengan cerita ini…saya sangat kagum dengan ketabahan dan kesabaran kakak dalam menempuhi kehidupan..saya juga berasa lebih yakin dan semangat untuk berjaya mulai sekarang..saya harap saya akan memperoleh kecermelangan dalam hidup saya dan menggembirakan kedua ibu bapa saya..amin

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 71 other followers

%d bloggers like this: