TEORI KECERDASAN PELBAGAI

(Multiple Intellegences Theory)

Rujukan : http://anakkusoleh.blogspot.com/2008/08/teori-kecerdasan-pelbagai.html

Saya membelek-belek buku Mendidik Anak Genius karangan Hamidah SUlaiman & Farah Dina Yusof. Terjumpa satu topik yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu TEORI KECERDASAN PELBAGAI.

Salah satu kajian yang memberi impak besar terhadap pemahaman berkaitan kecerdasan ini adalah kajian yang dijalankan oleh seorang professor di Harvard Universiti dan pengasas kepada Project Zero, iaitu Howard Gardner.

Gardner mempersoalkan penggunaan ujian IQ(intelligent Quoatinent) yang sering digunakan sebagai kayu ukur kecerdasan seseorang. Ujian IQ adalah satu ujian yang dibangunkan oleh seorang psikologis bernama Afred Binet di Paris.

Dalam kajiannya, beliau mendapati ujian IQ sedia ada hanya mengukur 2 kemahiran atau kecerdasan sahaja, iaitu kemahiran bahasa dan kebolehan matematik seseorang daripada pelbagai jenis kecerdasan lain.

Atas dasar ini, Gardner tidak bersetuju dengan keghairahan sekolah-sekolah di US yang menggunakan skor ujian IQ bagi mengukur percapaian akademik para pelajar, malah skor ini juga digunakan bagi memandu pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya masa depan.
Kajian Gardner berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak.

Gardner sudah mengenalpasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:

1)Kecerdasan 1: Verbal/Linguistik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.

2)Kecerdasan 2: Logikal/Matematik
Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logic dan memproses sesuatu maklumat yang diterima.

3)Kecerdasan 3: Visual/Spatial (ruang)
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah.

4)Kecerdasan 4 : Pergerakan Badan/Kinestetik
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.

5)Kecerdasan 5: Muzikal/Rima
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.

6)Kecerdasan 6: Interpersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.

7)Kecerdasan 7:Intrapersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat.

8)Kecerdasan 8:Naturalis
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.

Sebagai ibupa, anda boleh menggunakan pengetahuan mengenai pelbagai kecerdasan ini bagi membantu meningkatkan potensi anak anda ke tahap maksima.

Penutup
Ujian IQ merupakan salah satu teknik untuk mengukur IQ seseorang. Namun, sebagai seorang muslim kayu ukur kita adalah tidak sama dengan kayu ukur yang tidak beriman dengan Allah SWT. Dalam aspek 8 kecerdasan di atas, ISLAM terlebih dahulu meletakkan kecerdasan seseorang iaitu meyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebagai TUHAN YANG MAHA ESA. Walaupun bijak dan setinggi manapun ILMU seseorang, tetapi dia tidak MENGENAL ALLAH SWT maka dia tetap gagal

2 Responses to TEORI KECERDASAN PELBAGAI

  1. Multiple Intelligent harus dicungkil bakatnya di sekolah supaya dapat membantu pelajar itu mengetahui kekuatan dan kelebihan yang ada dalam dirinya.Guru2 di sekolah tidak hanya dapat menilai pelajar melalui result peperiksaan mereka yang dapat memberikan tekanan kepada pelajar.Berilah sedikit ruang kepada belajar yg tidak mempunyai kebolehan verbal/liguistik atau logikal/matematik menunjukkan kehandalan mereka di depan rakan-rakan yg lain di sekolah yg mereka duduki..agar mereka lebih dapat menghargai diri mereka di masa akan datang..

  2. aminchehassan berkata:

    Saya setuju dengan pandangan di atas. Cuma modul2 di peringkat tadika perlu diberi penekanan!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers