Hak Kanak-Kanak dalam Islam

TIPS MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG DI HTTP://USAHAWANKREATIF.BLOGSPOT.COM

TIPS MENJADI USAHAWAN DI HTTP://USAHAWANISLAM.BLOGSPOT.COM

 
   

Oleh
Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden ABIM

Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi
hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan
panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di
dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam
menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah
seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat
yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan
manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan
mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.

Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua
peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18
tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga
meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga
bahagian iantu sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika
berusia tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian
ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia
berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak
adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang
sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-
kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama
iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam
hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai
ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan
lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.

Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari
suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk
pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut
mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan
kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

Hak kanak-kanak sebelum dilahirkan

Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak
kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini
lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:

1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras
perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan
yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya
merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya
terpelihara

2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin
dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki
yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.Saidina
Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya
yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik
dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.

3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam
masyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan
kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Oleh
demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam
kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang
membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah
yang bermaksud:”Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki
kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah
satu dosa yang besar.

4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal
dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak
tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia.
Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.

Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.

1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik
sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah
supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid,
kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat
dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari
Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali
sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia
bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada
manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan
diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat
memudharatkan.”

2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti
menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang
telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika
memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa
dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini
terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.

3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-
sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan
sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah
kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi.
Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak
perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor
sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan
menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.

4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang
baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Di antara
hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan
namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan
mengahwinkannya apabila ia baligh”.Para ulama menyebutkan bahawa harus
menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih
baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil
dengan nama-namanya di dunia ini.

5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama
dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:”Dan ibu itu
wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi
mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut”.(al-baqarah 233)

6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud :”Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-
ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat
kuku.

Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan
merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat
perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan
pendapat Imam Ahmad,Ataa’,Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza’iy.
ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak
perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.
(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil
10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang
mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak
perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah “millah Abina
Ibrahim”(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah
diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak
perempuan ,khatan ini dikenali sebagai “khifaadah” dalam bahasa Arab
iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas
faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum
wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan
amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-
kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan
berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang
jahiliah.

Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan
agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu
menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya
sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan
agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah
mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-
kanak.Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-
sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam
pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap
sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah
diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan
dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab
sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil
lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :”Ajarlah anak-anak kamu
bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika
berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu
pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan
minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu
pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam
menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu
multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk
menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-
Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Tabrani yang bermaksud :”Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara
iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan
al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh
arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama
para nabi-nabi dan pembantunya.”

v. Mendidik mengenali kejadian ala mini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala
mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami
hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah
untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak
yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang
tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan
minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan
ma’aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat
keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa
supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa
dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah
menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan
jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah
arab ada menyebutkan :”akal yang baik lahir dari tubuh badan yang
sihat”.

Hukum Penggunaan Tabung Uji
Penggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani
lelaki ke dalam rahim perempuan bukan dengan cara hubungan jenis.Para
ulama berpendapat seperti berikut:

1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri
yang sah maka adalah harus dan jika berlaku selain dari suaminya maka
adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.

2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan
yang lain, maka adalah haram juga kerana bercampur nasab sama ada
hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut atau kepada orang yang
mengandungkannya.(ibu tumpang)

Hukum menggugurkan kandungan Janin.

Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan
janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu
selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan
roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama
menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan
perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.Sementara
pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan
haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-
Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya’Ulmuddin oleh Imam al-
Ghazali,jil. 2 hal. 47)

Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya “Nihayatul Muhtaj”
selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan
pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah
(yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh
dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.
416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud
Muhammad Abdul Aziz,hal.172)

Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan
kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh
mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara
ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai
kebenarannya.

Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan
diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat
terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan
qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang
ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu
hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.

Anak Yatim
Anak yatim adalah anak yang kematian ibubapa atau salah seorang
daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh atau anak yang kematian
bapanya sebelum ia menjangkau umur baligh.Islam mewasiatkan kepada
umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim,memberi
perlindungan dan pengajaran ynag rapi serta memberi hak-hak
mereka.Firman allah SWT yang bermaksud:”Oleh sebab itu ,maka anak
yatim janganlah kamu hinakan.”(al-Dhuha 9)” Tahukah engkau orang yang
mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak yatim.”(al-Ma’un
1-2).Islam juga menegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan
cara zalim seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa’
ayat 6.

Kesimpulan
Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya
mencorak masa depan mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi
kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala yang berlaku seperti
penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan
pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas
dikalangan remaja dan harus dibendung dengan segera.Ia memerlukan
kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan sukarelawan ,badan-
badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi
mengatasi perkara ini.

Untuk mengatasi masalah ini disarankan:

1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan
agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan
sejagat.

2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus
mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan
dalam membina masa depan mereka.

3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana
harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-
kanak.

Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-
kanak tetapi mereka menghalalkan “hubungan perzinaan” kerana untuk
melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan
perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh
merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu
akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.Di
negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh
kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka.Adalah menjadi
tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan
zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.

23 Mac 2007
Kuala Lumpur

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: