Gadis 17 tahun jual tubuh RM 12000 semalam!

IKLAN

Barang Murah. Lawati http://usahawanislam.blogspot.com/

Saya merupakan pengedar penapis air BeyondWater daripada Zhulian. Harga RM2300 Jika anda mahu membelinya sila hubungi saya 019-7964780. Boleh bayar secara ansuran.
Pengedar Keropok Lekor Terengganu.Hubungi En. Faizal 019-9170730/012-3481969. Harga buleh runding.

———————————————————————–

Posted on Mei 3, 2008 oleh HermanSamsudeen

Gadis 17 tahun mengembara dari Terengganu ke KL jual tubuh

Sebaik sahaja melihat muka depan akhbar Harian Metro pagi semalam, teringat kisah Sufiah dan lain-lain gadis melayu yang kini merelakan diri mereka untuk menjadi HAMBA SEKS. Demi mendapatkan wang dan keseronokkan mereka sanggup jual tubuh.

Gadis 17 tahun dari Terengganu ini mengembara setiap minggu ke KL untuk menjual diri. Dalam satu malam sahaja pendapatan beliau boleh mencecah RM 12000 melebihi dari pndapatan Sufiah di UK.

Selain dari pekerjaaan itu, persamaan mereka adalah kerana mereka ini tergolong dalam kategori orang yang BIJAK dalam pelajaran, cuma mungkin kerana inginkan keseronokan

dan kemewahan mereka lupa tentang hukum dan dosa pahala.

Harap sahabat-sahabat dalam Ikatan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) boleh membantu gadis ini. Bantulah ia kembali ke pangkal jalan.

Tahun lalu, teman-teman PERANTAU bangkit memberikan reaksi yang hebat bila pemudawilayah keluarkan kenyataan ‘Terengganu Darul Pondan’, harap kali ini mereka juga dapat berikan respon. Moga respon itu lebih kepada tindakan dan harap dapatlah membantu gadis ini dan keluarganya.

Masalah sosial dan maksiat di Kuala Lumpur memang banyak, tapi inilah realitinya. Jumlah yang banyak itu bukannya berpunca dari penduduk KL sahaja. Ramai juga rakyat dari negeri lain yang singgah disini untuk berpesta, termasuklah warganegara asing.

Satu cara untuk membantu kami di KL ini adalah dengan membantu anak-anak remaja di negeri sahabat-sahabat semua. Bila dewasa mereka seronok datang KL, tapi disini ramai yang tersesat dan lupa diri. Jika ditambah lagi dengan teknologi canggih di alam siber dan juga telefon mudah alih maka mudah mereka merosakkan diri sendiri jika tidak dipantau.

Dalam menangani masalah sosial ini, kita tak perlu tuding jari sahaja..marilah bersama kita membantu mereka untuk kembali ke pangkal jalan

Harian Metro 2 Mei 2008: Kembara jual tubuh

Oleh Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya.

Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan itu terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana kemaluannya cedera, Mac lalu.

Sumber sekolahnya di sini memberitahu Harian Metro, kecederaan itu sekali gus menjawab persoalan kenapa pelajar itu sering berulang-alik ke ibu negara hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu.

Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpa disedari anggota keluarganya.

Kegiatan sumbangnya mula dihidu pengurusan sekolah selepas pelajar itu ponteng selama beberapa hari.

Sumber itu berkata, apabila pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari, seorang guru diarahkan ke rumahnya untuk bertanyakan keluarganya yang ternyata terkejut besar dengan tindakannya.

Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.

Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kaya yang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.

Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itu sejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.

Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.

Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.

Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelanggan berkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekali gus membongkar kegiatan sumbangnya.

Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan pelajar berkenaan terjejas.

Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang sedia menunggu.

Harian Metro difahamkan, kegiatan pelacuran membabitkan pelajar perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.

Herman – Bijak, tapi sayang jadi begini…teman-teman perantau perlu bantu anak ini

Filed under: 1

Senarai komen:

 

8 Responses to “Gadis 17 tahun jual tubuh RM 12000 semalam!”

  1. zool, di Mei 4th, 2008 pada 3:51 am Kata:

Aiyok.. apa sudah jadi dengan budak2 kita ni…
Inilah dunia material..
sanggup menggadai maruah diri untuk duit..
Wallahualam… Semoga beliau akan diberi kesedaran…

  1. mzmn, di Mei 4th, 2008 pada 6:04 am Kata:

Pendapat saya,seruan untuk membantu gadis tersebut dan keluarganya bukan hanya patut pada kalangan anak Terengganu di perantauan sahaja,kan lebih baik semua pihak yang rasa mampu bertanggungjawab tampil membantu demi anak bangsa kita?

mz_mn@hotmail.com
http://atmanurani.blogpot.com
http://mzmn.wordpress.com

  1. Affuan, di Mei 4th, 2008 pada 10:35 am Kata:

ni kes mak bapak terlalu percaya pada anak2 la ni.

  1. khairulnizambakeri, di Mei 4th, 2008 pada 10:58 am Kata:

Inilah donia…

  1. Gelembai, di Mei 4th, 2008 pada 1:35 pm Kata:

mungkinkah di negerinya terlalu miskin, tiada pekerjaan maka dia pun berdagang ke kota setiap hujung minggu…

  1. askarsepoi, di Mei 5th, 2008 pada 3:15 am Kata:

kira skim cepat kaya la jugak ni ..

mula-mula kaya..lama-lama kayap ..

mujur tak kena hiv-aids ..

kalau tak menyesal seumur hidup ..

  1. denns, di Mei 5th, 2008 pada 8:09 am Kata:

peh ngan pelanggan dr timur tengah tu

  1. nuriman, di Mei 5th, 2008 pada 3:14 pm Kata:

berani budak2 zaman sekarang….biarpun umur masih muda….harap2 dia cepat taubat la…

About these ads

22 Responses to Gadis 17 tahun jual tubuh RM 12000 semalam!

  1. kang4roo berkata:


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  2. hmcahyo berkata:

    sangat menyedihkan .. semoga ada yang membantu

    salam dari indonesia

    http://hmc.web.id (belajar bahasa indonesia lewat nasyid)

  3. ckasih berkata:


    shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

  4. pyan berkata:

    2 la orang sekarang. cuba tanya pada ibu bapa budak 2.. apa yang buat selama ini…. baru la tengok anak nya pula… kan…

  5. cikguzuanrajuk berkata:

    salam muhibah…
    mengenai kes sedemikian sy sgt sedih ditambah pulak satu bangsa dan satu agama. memandangkan dunia semakin hari semakin canggih…dengan pelbagai kemudahan dan frasarana yg tersedia ada, anak2 muda skrg sukar untuk dibentuk walaupun mempunyai intelek yang bagus tetapi nilai kerohanian tidak ada maka hasrat kementerian pelajaran malaysia untuk melahirkan pelajar yang mempuyai JERI yg seimbang terkulai atau musnah. KPM telah berusaha memantapkan lagi kaedah yg sewajarnya diguna pakai oleh guru untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar yg semakin hari smkin sukar. namun apa yg perlu utarakan disini ialah peranan IBU BAPA . jangan terlaluh mudah mempercayai anak2, dengar kedua-dua belah pihak…kemudian buat satu kajian sama ada betul atau tidak…

    semoga anak-anak bangsa malaysia terutama golongan melayu sedar akan nilai kemorolan…

  6. jaja berkata:

    BODOH BETOL POMPUAN ZAMAN SEKARANG X DE OTAK KE?

  7. SURIAHTI berkata:

    Kesian….kesian…..kesian.Sakitkan……..padan muka.Cari penyakit……………….Tobatlah sementara masa masih ada.

  8. hAwA berkata:

    SaLaM syG..,
    KpD KaUm hAwa…
    jDkAn DrIMu SbUaH pRmTa yG BeRhRgA
    HnYA OrG2 yNg TrPiLiH sAjA MmpU MemIlIki mU.
    LmBuTmu x BeReRtI Ku muDh tUk DjUal BeLi,
    LmBuTmU BUkN hIaSAn DAN bUKn 1 kEbNGGaAn
    TaPI kAu MmPu MeNndIngI LElKi dAlAm BeRBaKtI.
    InGtLaH, kECnTiKaN aTaU HaRta KmEwaHaN xKAn KekAl DiDunIa inI.

    fKiRkAn hAwa..
    KaU SeORnG yG aMaT iStImeWa…
    jGeLAH maRUaHmu daRi BisIKaN SyAitN DuRJaNA

  9. ag berkata:

    inilah akibatnya bila pendidikan agama diambil ringan o

  10. nadia berkata:

    sepatut nya sekiranya hndkkn seks tunggu jelh wktu khwin…buat jelh x de kesah

  11. khairazahra berkata:

    “Ya Allah, jauhilah anak-anakku dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Amin…

  12. eddie castello berkata:

    kena dengan negro barulah pecah tembelang.. kalau tak sampai duit 1 juta pun mak bapak tak tau……. inilah balak yang ALLAH tunjuk kan …. baru sikit je .. tunggu la kt padang masyar nanti… subhannallah

  13. elbert majin berkata:

    “ya Tuhan, aku mohon pada mu ya Tuhan,, lembutkan lah hati umat mu yang terperangkap dalam dosa ,,semoga ia cepat bertobat,selamatkan umatmu yang terjerumus dalam godaan syaitan, terima la tobatnya sekiranya ia bertobat, aku mohon pada mu Tuhan “” Jangan lah masukkan kami kedalam cobaan ini Tuhan,,””yang mana kami juga ada anak gadis sebaya ini” Tuhan kami sangat takut dengan ujian ini………………………………………………………………………………………………………………………..
    Ya!! anak yang terjerumus ke lembah ini, minta ampun lah dari yang maha Kuasa, dan percaya lah Dia sentiasa akan mengampuni Mu,,Kami juga akan membantu mu,Menguatkan ,Mengiringi doa tobatmu semoga di terima Tuhan, bertobat lah berdoalah mengikut cara agamamu,,,,,,,,,,,,

  14. nurlutfi berkata:

    di doakan semuga yg terlanjur mendapat petunjuk dari ALLAH…. dan dikuatkan iman umat sekelian…. amin.

  15. cassiey sandra berkata:

    ya semoga dia kembali ke jalan yg benar..

  16. Syelly berkata:

    kita x bole slh kn orgtua mrka,sbb ramaja skrg sgt licik dn bijak brbohong….taubat lh wahai insan…suatu hri nnti klo sdh smpai ketahap kwen dn d khtahui ole bekal suami nah d situ lh bru ko tw apa itu dunia….

  17. Azizairil berkata:

    Dunia ta bleh di salahkan yg salah adalah diri sendiri karna lalai dlam erti kehidupan yg di lalui.mgkin dia merasa hebat dan smpai tak dpat menilai harga diri mereka yg begitu berharga……..
    Apa2 pun semoga dpat mnyadari kesalahan mereka?????

  18. jalius berkata:

    Biar misikin asalkn kita betul..biarla hidup sedarhana yng pnting kita jngn buat dosa.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: