Anak Genius

POTENSI ANAK GENIUS ISLAM

[Pemilihan Benih Genius]

 Kelahiran anak genius perlu dirancang. Walaupun kemampuan dan ketinggian akal fikiran merupakan sesuatu yang memang telah  ditentukan oleh Allah, tetapi berusaha untuk mendapatkannya, tidak salah.

Langkah inilah yang telah diambil oleh para Rasul dan Nabi pada zaman dahulu. Usaha mereka bermula lebih awal lagi, iaitu sebelum  perkahwinan dijalankan.

 

Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan anak genius.

Baginda bersabda, maksudnya ;

 “Pilihlah tempat yang baik untuk  air mani kamu [keturunan kamu]sesungguhnya urat itu

[keturunan] mempengaruhi.” (Ibnu Majah dan Ad Dailami)

 

Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ;

maksudnya : “Carilah tempat yang sesuai (isteri)  untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang  yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka. (Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir)

Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan sedikit sebanyak  biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam  perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri dari segala sudut.  Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-sifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik.

 Jarang bahkan kurang hadis membicarakan tentang sifat-sifat  kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik (anak genius).

Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa  mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama).

 Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

 Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda,

maksudnya ;

 

“Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat.”              

(Tarbiyyatul Aulad) 

 

 Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab  sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha

mendapatkan anak yang soleh dan genius. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum bersetubuh supaya anak yang bakal dilahirkan selamat daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan

bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului

persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan)

dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca

kitab-kitab karangan ulama-ulama muktabar zaman dahulu.

 

Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan

panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik.

 

Hasil daripada jalan inilah, generasi salafussoleh dapat melahirkan

ulama seperti Imam Shafie yang hafaz Al-Quran ketika berumur

9 tahun, hafaz ribuan hadis dan syair serta kitab-kitab besar

seperti Al Muwatak. Ilmu yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman

itu lebih luas daripada apa yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman ini.

Pengetahuan mereka merangkumi ilmu dunia dan akhirat.

Imam Ghazali misalnya, bukan sahaja pakar dalam bidang

agama tetapi pakar juga dalam bidang falsafah, astronomi, ekonomi

dan lain-lain.

 

Jumlah umat Islam di dunia hari ini lebih 1,000 juta (hampir

seperempat penduduk dunia). Dengan bilangan seramai itu,

tentu ada anak-anak yang mempunyai akal bertaraf genius.

Mereka itu mesti dicari dan diberi kemudahan secukupnya

untuk menjamin pertumbuhan akal yang sedia baik itu, agar

terus berkembang sehingga dewasa. Didikan dan ilmu mesti

diberikan secara rapi dan bersungguh-sungguh. Pusat-pusat

penempatan dan persekolahan khusus mesti didirikan untuk

memberi bantuan dari segi material jika mereka daripada

anak-anak yang miskin. Masyarakat Islam mesti menghargai

benih-benih genius ini justeru merekalah harapan kepada

kebangkitan ummah Islam pd masa akan datang.

 

Selama ini kita kurang menghargai anak-anak genius.

Kita tidak peka kepada soal yang penting ini. Akibatnya,

anak orang Islam sendiri telah disambar oleh

musuh-musuh Islam dan dilatih untuk menjahanamkan Islam.

 

Sukarno, adalah anak genius Islam yang berjaya dilatih oleh

Belanda untuk menghancurkan ajaran Islam. Idea NASAKOM-nya

ternyata menyeleweng daripada kehendak-kehendak Islam.

Islam tidak pernah dan tidak mungkin berkompromi dengan

komunis atau nasionalis.

 

Begitu juga yang terjadi kepada Babrak Karmal,

anak didik Rusia, musuh utama mujahiddin Afghanistan

sekarang [semasa buku ditulis*].

 

Di bidang penulisan pula, musuh-musuh Islam telah dapat menyiapkan

Hussien Heikal dan Naquib Mahfouz sebagai mata tombak

untuk menikam Islam melalui mata pena. Mengapa ini berlaku?

 

Sebab utamanya ialah umat Islam tidak belajar menghargai

bibit-bibit genius yang tumbuh di dalam masyarakat mereka sendiri.

Dan kesempatan ini telah diragut oleh musuh-musuh Islam.

Akibatnya anak-anak genius Islam telah diperalatkan untuk

menghancurkan Islam.

 

—————————————————————————————————-
Bagaimana Melahirkan Generasi Genius Berakhlak Mulia
Abu Tolhatul Khair AsSiddiq
PUSTAKA AL IRSHAD Februari 1995


 

Sumber : http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00230.html

 

 

About these ads

2 Responses to Anak Genius

  1. infogue berkata:

    > Artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersedia plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!
    http://infogue.com
    http://infogue.com/pendidikan/anak_yang_jenius/

  2. mama wana berkata:

    satu entri yang bagus & bermanfaat :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 70 other followers

%d bloggers like this: