Adab-adab pergaulan antara lelaki dan wanita

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalarn pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalarn pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu rnengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika rnembeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.  

1.         Adab yang perlu dijaga oleh telaki dan  perempuan.

·           Ucapan yang makruf dan sopan.  

Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.        

·         Menundukkan pandangan. Dalam surah an  

Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.  

·         Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.  

·         Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.  

·          Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari)  

 

 

2. Adab khas untuk wanita  

·        Iltizam dengan pakaian Islam,  

Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.  

  • Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.   

Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.  

  • Menjaga pergerakan.Tidak harus mereka rnemperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.   

 

Wanita di atas pentas  

 

Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat­-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam. Wallahua’lam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

6 Responses to Adab-adab pergaulan antara lelaki dan wanita

  1. Pingback: SILIBUS TARBIAH « Cahaya Hidayah

  2. muhida berkata:

    nk tanya kalo menjadi pengacara majlis bg wanita di bwh pentas or di belkg pentas mcmane?

    • fa berkata:

      same jgak la…suara wanita adlah aurat la..sebab itu wanita x ley melaungkan azan n jgn gelak2 lebih2..nati lelaki akan terdetik nk ajak kapel la,ngorat n mcm2 bende yg x elok la lg la…dlm ayat bwh 2 dh kc th taw (percakapn)…

      Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

  3. sya berkata:

    ad org yg dh thu psl ni tp diaorg wat x endah jer.klu dh nasihat diaorang x dgr gak..dosa kita k dosa die?mtk bls!!!!!

    • aminchehassan berkata:

      Saudari Sya,

      Cegahlah kemungkaran dengan kata-kata yang baik. Jika mereka tidak mengendahkannya teruskanlah beri nasihat. Jika mereka masih tidak memperdulikannya, mudah-mudahan Allah SWt membuka pintu hidayah kepada mereka. Perkaitan dosa kita kembalikan kepada Allah SWT. Mudah-mudahan dengan teguran nasihat kita menjadi asbab untuk sipolan itu untuk berubah di kemudian hari. InsyaAllah

  4. luqman berkata:

    salam, saya nak tanya sdikit : sesuai x wanita mnyertai sukan ekstrim??brdasar sukan ekstrim pada zaman skarang…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: